Selasa, 28 Februari 2012

Just a dot.

Hey, salam.

Ada banyak benda yang nak dikongsi. Banyak kisah nak dicerita. Tapi masa tak mengizinkan. Maklumlah dah start study balik. Dengan assigments yang sangat banyak, kelas yang agak tough bagi aku yang biasa biasa ni, dengan sukan lagi, mid term. Serius takde masa nak update. Biarlah nak berhabuk pun.

Ni bukan cerita ilmiah. Kalau taknak baca lagi dialu-alukan.

1) Ada satu kelas aku dipenuhi dengan budak-budak yang sangat hebat. Memanglah orang kata, kita kena bergaul dengan orang yang hebat untuk jadi hebat(which is i'm not totally agree), tapi mereka sangat sangat sangat hebat. Buat aku rasa rendah diri gila.

2) Rasa macam blur semacam. Apesal tah. Jadi leader serius tahpape. Sorry la my group.

3) Kelas lagi satu, pelajaran dia agak tough. Bila madam cakap "you have to list down your strength" rasa macam takde satu pun. T_T

4) First time debate. Kalau cakap depan orang tak boleh macam mana nak jadi lawyer? Aku boleh cakap kalau dah sedia. Tapi bukan dapat topic, terus. Lagi-lagi group work.

5) Madam sangat strict. Group dengan budak hebat. Rasa tak wujud.

6) Captain futsal. Kaki macam hape sebab dah lama tak main. Kenapa pilih aku? Ada je yang lagi layak. Rasa bodoh.

7) Mid term. Cuak. At least kena dapat 3.4. Tadeklah nak target 4rata macam PASUMIANS dan PALAMIANS kan. Tapi still, it's hard.

8) Asyik fikir bukan bukan. Semua benda rasa tak kena. Seriously, rasa takde kelebihan langsung. TIDAK ADA.

Ok, that's all. Ada sesape nak kutuk aku atau tambah apa-apa boleh la nak komen. Kalau ada yang baca la. Uh em btw, DOAKAN AKU NAK MID TERM EXAM NI. Salam.

                                                                 

Jumaat, 3 Februari 2012

Malamku di uia #1 :Sultan Muhammad Al-Fateh.

Hello what's up you guys? How are you? Assalamualaikum tidak dilupa.

Yeah for your information, I wanna share you something that I got from talks in UIA. I'm not gonna riak or whatsoever. This is just something that I think worth and meaningful to share with. Let's just start okay :)

Korang kenal ke brader dekat tajuk tu? The sultan? Kenal? Good then. Tak kenal? Biar aku cite serba sedikit la siapa manusia tu. Brader tu ialah seorang sultan yang menawan Constantinopel, satu negara yang sangat strategik kedudukannya tapi time tu orang kristian punya. Sekaligus brader tu dah confirmkan hadis nabi. "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."(Hadis Riwayat Imam Ahmad). PEH!




Percubaan nak tawan constantinople berlaku selama 800 tahun. Lama tak lama. Last-last brader ni berjaya. Acane? Sebab dia ni TOKOH PEMIKIRAN POSITIF. Dia naik takhta masa umur dia 19 tahun. Kira dia jadi sultan la. (Gila, sebaya dengan aku). Lepas tu dia dah aim nak benarkan hadis nabi tu tapi ada orang pertikaikan, yela dia muda kan. Cakap dia berangan je la, sia-sia la and so on. Tapi dia buat dek je. So adik-adik(cewah), sila jangan mengalah. Lantak la orang nak cakap apa. We know our own strength.


Secondly, dia ni jugak ada SEMANGAT KERJASAMA YANG TINGGI. Ce korang tengok hadis tu. Rasulullah S.A.W sebut raja dengan tentera-tentera dia sekali kan? Yeah, sebab diorang ni saling menolong. Kalau dia sorang je nak angkat kapal memang tak larat la. So kita kenalah campur dengan society. Jangan buat kerja sendiri je. Kita hidup kat dunia ni saling memerlukan. Kalau lebih sikit dari orang lain tu jangan nak berlagak sangatlah kan.


Third, he's clever. SANGAT PINTAR. Korang tau tak macam mana dia berjaya? Kota constantinople ni bukan calang-calang beb. Tembok dia tinggi. Tebal 10 meter kalau tak silap. And ada 3 lapisan. Kalau nak bom memang payah la. Tapi ada satu celah tu tak tebal sangat. Masalahnya nak pergi kat situ kenal lalu laut yang banyak kapal perang musuh dan ada rantai besar dalam laut. Kena kat kapal confirm pecah. So, brader ni dia bawak kapal lalu darat. Pwer tak power. Gunakanlah otak korang untuk kembangkan ajaran Allah ye.

Kota Constantinople.

Keempat, STRATEGI. Always have back up plan. Dia ada tiga kumpulan tentera. Satu rehat satu perang. So takdela straight perang je. Manusia mana boleh macam tu. Robot pun entah2 rosak. Maka dia sediakan bac up tentera. Takdela orang nak memberontak kan. Dia dah buat perjanjian dengan negara sekeliling so takde yang akan tolong constantinople. Tapi, at the same time, dia buat tembok tutup laluan negara lain ke kota tu. Mana tau kot2 ada yang mungkir.


Kelima, SEJARAH ITU PENTING. Sebelum dia serang, dia kaji. Apesal orang-orang terdahulu sebelum dia tak berjaya nak takluki that kota. Sebabnya ramai yang akan tolong constantinople ni. Banyak duit kan. Empayar besar pulak tu. Berpengaruh la kira. So bila dia kaji punya kaji dan jumpa sebabnya dapat la dia rangka strategi dan back up plan. Sesungguhnya kita kuat membaca. Bukan baca benda yang tak ilmiah, bace cerita2 yang boleh mengembangkan otak.


Last but not least, MUSIC JUGA BERPERANAN. Pelik? Tapi benar. Time dia nak serang, dia bawak satu tema okestra. Takdela okestra. Ala-ala gitu la main gendang. Biar bunyi dum dum. Tujuannya nak kasi tentera bersemangat. And at the same time, serangan psychology dekat raja Byazantine. Biar dia cuak. Bila tak cuak mulalah gelabah dan tak tenang. Dan tak dapat berfikir dengan baik. Ala kalau korang mengantuk timestudy korang dengar muzik kan? Sama la konsep tu. Ha tak? Aku ye, lantak korang lah. Haha.

One of the Islamic band.

Lagi satu, SELALULAH INGAT ALLAH. Dia ni dah dapat tawan, masuk kota terus sujud syukur tau. Kita dapat hebat markah dalam exam, celebrate dengan kawan-kawan. Ish apa nak jadi ni. And for your information, percubaan brader yang berjaya ni adalah percubaan ke-13. Tapi dia tak bangga pun. Dan dia baru umur 21 tahun masa tu!


So that's the first chapter, the first story of segmen malam di uia ni. Akan diupdate dari masa ke semasa. Hurm lagi satu tak dilupa. Kawan pun penting jugak. Kawan yang hebat akan tolong dan bantu kita jadi hebat. So pilihlah KAWAN YANG BAIK ;)

Released on 17Feb 2012 at Turki.