Rabu, 30 Mei 2012

Yo tak suka~

Salam.

Dalam hidup ni mesti ada perkara yang korang suka dan perkara yang korang tak suka kan. Entry lepas cakap pasal dreams yang extravaganza so automatik korang tau aku suka orang kaya. Eh suka kaya. $_$ haha kidding.

Sebenarnya tak seronok cerita pasal diri sendiri ni. I mean, cerita apa yang aku suka la bla bla bla and so on. But what we get in our life, what we learn is based on our own experiences. Ryto? So sometimes story of someone's life can be a part of learning. Allah tak menjadikan sesuatu tu sia-sia, bagi mereka yang berfikir. :)

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Doodle dakwah pic.
Masuk kepada topik. Ni request jugak.

Perkara yang aku tak suka :

1. Tengah baca buku dengan khusyuknya sekali kena panggil buat something. Lagi lagi buku yang best, lepastu tengah baca part yang best. Memang tension la kan. Tapi mak yang panggil. Redo je la.

2. Awek kawan baik jeles dengan aku. Puh-lis la girl. Kalau pakwe kau cakap dia kawan baik aku so kawan baik je la. Kalau dia salu cite pun takde lebihnya. K.A.W.A.N je. Dan ingatlah kalau dah kawan baik tu memang dah lama aku friendzoned awal-awal. Chill ye.

Ye, dengan kawan baik macam anjing dengan kucing. Berperang je kerja. google pic.

3. Pujuk orang. Aku tak reti merajuk dan tak reti pujuk. Kau nak merajuk dengan aku kau pujuk diri kau sendiri. Bye.

4. Kawan sendiri cari pasal. Nak ngamuk kawan. Tak ngamuk sakit hati. Paham-paham la sendiri kalau aku dah buat sign tak suka tu ye girls. And guys too.

5.Kawan tetibe sebab salah sorang tu suka tapi aku tak suka semua tak kawan. Contohnya aku geng dengan 5 orang budak. Lepastu tetibe sorang daripada mereka tu pergi crush dekat aku. Tapi aku tak suka dia. Sebab aku tak suka dia, lagi 4 orang terus tak nak kawan aku. Sedih tau tak cenggitu.

Janganlah sebab2 macam tu kita putus kawan T_T

P/s : Ya Allah, if his happiness had nothing to do with me, give him the real happiness. Don't let me hurt him again. I really want to see him happy from his deepest heart. I love him as my friend. O'Allah, please grant my wish. Amin.

Ha udah la tu. 5 je cukup la. Banyak-banyak nanti orang nyampah nak baca. Orait salam. :)

Jumaat, 18 Mei 2012

Dreams - come true or not come true


Post ini adalah request daripada Cik Ulin Najwa. Beliau teringin kot tengok saya merepek. Haha. Lagipun si silent reader tu tengah bosan tu. Haritu cakap terima kasih sebab aku update. Nampak sangaaaaat. Jadi, nah amekla. Mohon jangan gelak.

Ding! Apa aku nak buat kalau banyak duit. Ni konteks yang memang kaya gila tau. Ada firma sendiri semua. Ehem. Haha. *berangan je lebih*

K of course la first first nak haji. Tu kan rukun Islam. Lepastu support family yang belum buat. Lepastu kalau orang2 miskin yang tak mampu.

InshaAllah :)
Second nak build satu tempat belajar swimming. Seharusnya lah boleh swimming bagi yang reti. Cas murah2 je. Yela, kenalah cas kalau tak siapa nak bayar gaji pekerja ye dak? Kolam ni besar la jugak lepastu asing laki dengan perempuan. Kan seronok nak mandi. Betul tak?

Indoor Swimming Pool
Third nak buat tempat belajar tunggang kuda. Ni bukan tempat orang-orang kaya je boleh pergi lepastu buat lumba semata tu. Ni memang khas untuk belajar naik kuda. Especially untuk bebudak. I mean, kira dia dah start belajar dari kecik la. Apesal? Sebab aku teringin. haha.

tuu diaaa

Kemudian *cewah* tempat belajar memanah. Ni tak, dekat u baru ada tempat nak belajar memanah. Kalau masuk persatuan lain dah tak boleh belajar. Eeiii tak aci tau tak? Kan 3 ni aktiviti yang Rasulullah galakkan. So kenalah ada facilitiesnya.


Lepastu aku nak ada siaran radio sendiri. Iklan mengarut terutama sekali produk yang banyak adalah tidak dibenarkan sama sekali. Radio tu terima lagu yang meaningful je. Lebih lebih lagi lagu berunsur pembelajaran. So barulah ada inisiatif nak buat lagu ilmiah. Ni tak manjang cinta. Cuba buat lagu historical ke macam 1924 - Soldiers of Allah tu.

Aku nak support scholarship. Cewah. Tapi takmau buat interview biasa2. Lepastu taknak ikut result semata. Bosanlah kan. Sesape pun boleh mintak nanti pandai2 la kitorang tapis. Sampai last stage, buat ala-ala Donald Trump. Keh keh. Masut tv pun okay gak kan? Better la tengok bebudak ni berusaha daripada sikit2 nyanyi sikit2 nyanyi. Bosan tau tak?


Err ada lagi kot tapi tah lupa pulak tetibe. Sebab tak pernah tulis. Main ingat macam tu je.

Off topic jap.

Patutnya kerajaan kasi subsidi untuk mainan budak2. Sebab dari mainan la budak2 jadi creative. Nak harap dalam kelas sekarang memang tak la. Manjang exam. Sian budak2. Tu yang jadi robot je. *tetibe gila* Sekadar pendapat la. Sebab mainan bebudak mahal gila. Manalah mak bapak dorang nak kasi.

Inspirasi idea time teman nana beli lego :)
Daripada kasi free education baik hapuskan cukai pendapatan. Duit yang bayar untuk education kena jelas2 untuk support education system. Kalau nak baiki jalan guna duit tol. Macam specific kau bayar ni untuk apa. Macam tu. Cukai pendapatan untuk apa? Tanggung orang2 besar? Puihh.

Sekian saja coretan. Salam dan Adios.

Sabtu, 12 Mei 2012

Melayu kita.


Salam.

Aku asyik2 dengar kita kena pertahankan ketuanan Melayu. Sebab tu hak kita. Ye, saya belajar law. Saya tahu, sedar dan faham apa hak Melayu atas tanah Malaysia yang dulunya dikenali sebagai tanah Melayu ni. Tapi mohon tak payahla berlagak sangat. Sampai mana je pun benda ni boleh bawak.

Ya, demi anak cucu cicit kita. Supaya mereka hidup senang. Tapi ada setengah tu macam sangat taksub. Oh maaf, ingin saya perjelaskan saya memang menyampah orang yang terlampau taksub ni. Tak kisah la dari segi apa. Korang Meleis cakap macam bangsa lain tu macam takde contribution pulak dekat negara ye.

Sumber Gambar - Sini.
Jangan salah faham. Saya tak sokong jugak bangsa lain yang melebih. Menuntut lebih daripada apa yang sepatutnya. Tapi meleis, cakap macam takde otak. Maaf atas kekasaran. Tahukah anda meleis sangat dimanjakan dalam segenap sudut dekat negara ni?

"Memang patut pun kita dapat. Negara kita." What? Kata sahut seruan 1Malaysia Pak Jib. Tapi ni outcome nya? Heh. Serupa tak, baik tak payah mengaku gitu. Ya, demi menjaga hak-hak Melayu atas tanah ini, maka diwujudkan UiTM, misalannya.

Sumber
Korang cakap, memang bagus tolong bangsa sendiri. Tapi bagi aku, baik kita wujudkan sesuatu yang buat Meleis berdaya saing. Ni tak manja semacam. Semua nak harap orang kasi. Dasar macam ni lagi lah menguntungkan bangsa lain. Sebab tu dorang maju. Lepastu nak cakap Meleis sibuk bertelagah la, politik la. Hello, as long as benda tu mencerna pemikiran, apa salahnya orang Melayu turut serta? Debat. Bukanlah bergaduh membabi buta.

Orang Cina dan India kena kerja keras untuk buktikan kemampuan mereka. That's why mereka hebat. Itulah sebabnya mereka maju. Sebab sistem kita sendiri. Sistem yang memanjakan. Hasilnya semua tak boleh berdiri atas kaki sendiri. Jangan salahkan penglibatan mahasiswa dalam politik dulu, salahkan sistem. Sistem semua-untuk-Melayu yang buat kita mundur. Fact.

After all, Allah mentioned in the Quran :
" Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka. "(2 : 210)
ISLAM IS THE WAY OF LIFE. Punca Pic.
 Jadi kalau mereka Cina, India atau apa bangsa sekali pun, kalau mereka beragama Islam apa yang perlu kita takutkan? Mereka takkan halau kita dari tanah kita. Malah membantu supaya negara kita ni lebih maju. Setiap mukmin kan bersaudara.

Jadi, marilah menuju gaya hidup Islam. Lebih baik dari sibuk mencanang agar hak kita dipelihara. InsyaAllah masalah pun kurang. Hak memang perlu dijaga, tapi caranya biarlah kena juga. Kalau tak apa guna?

What have you done for Allah SWT today? jpg.
Apa-apa pun, ini cuma sekadar bingkisan rasa dari diri yang tak seberapa. Bergantung kepada anda untuk menerima atau menolaknya. :)