Assalamualaikum awak, ye awak lah, awak yang tengah baca ni :)
Haritu pada malam jumaat yang hening, ada orang tanya aku dekat IM facebook - 'Dah baca Yaasin?' So aku tanyalah dia balik, 'kenapa nak kena baca Yaasin?' Haha. Konon-konon tak faham dengan budaya orang Melayu yang baca Yaasin pada malam Jumaat. Lepastu dengan tulusnya dia jawab 'Malam Jumaat.' Dah agak. Mentaliti itu.
Jadi aku pun bagitau lah dia, sebenarnya malam jumaat sunat baca surah Kahfi, Yaasin tu bid'ah. Then dia tanya, 'bid'ah tu apa?' Huwaa rasa nak nangis. Tulah, lain kali bila kawan dengan budak bukan sekolah agama terangkanlah kat dia serba sedikit. Ilmu kan kena kongsi. Ni tak, mentang-mentang dulu kat sekolah kau baca Kahfi tiap Jumaat, kau ingat orang lain tau jugak la. ( Kutuk diri sendiri ni ). Lepastu dia suruh terang lagi, malangnya aku yang hina dina ni cuma mampu kasi dia satu hadis je.
"Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akn disinari cahaya di antara dua Jumaat," (HR. An-Nasa'i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadith ini sohih sebagaimana dalam Shohihul Jami' no. 6470)
Yeah dulu kat sekolah memang akan baca Kahfi. Tak pun baca 10 ayat awal dengan 10 ayat akhir. Kawan yang menegur kat IM tu siap cakap, 'kenapa tak bagitau awal-awal?'. Serius, rasa berdosa. Lepastu tiba-tiba rasa nak kongsi. Nak cerita dalam ni. DEAR FRIENDS, KAHFI SUNAT DIBACA PADA MALAM JUMAAT. YAASIN HANYA BID'AH. Klik sini.
Di kesempatan ini juga ku ingin bercerita tentang intipati surah ini (cewah). Surah ini bercerita tentang nikmat Allah yang luas terbentang buat kehidupan di muka bumi ni. Lepastu ada cerita tentang ya'juj dan ma'juj dengan Zulkarnain (cerita penuh) , tentang Ashabul-Kahfi, kisah nabi Musa dengan nabi Khidir macam-macam lagi la. Terjemahan - sini.
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan nikmat kepada hambaNya (Muhammad), kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).
Ayat first dah cakap pasal nikmat kan? Sesungguhnya nikmat Allah sangat banyak. Nikmat Iman dan Islam, nikmat yang paling agung. Alhamdulillah. Sama-samalah kita bersyukur. Allah selalu ingat kita. Kita je yang jarang ingat Allah. Memetik satu kata-kata 'Bayangkan kalau Allah lupakan kita, sesaat je, tak lama pun, Allah lupa beri kita oksigen untuk bernafas. Apa akan jadi dekat kita?'
Katakanlah (wahai Mmuhammad) : Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.
Subhanallah!



































