Khamis, 3 Oktober 2013

Aku yang sakit.


Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.


Dalam kita sibuk membincangkan laporan audit negara yang tak masuk akal melibatkan berbillion duit rakyat (uhuk) menjadi mangsa, aku tertarik dengan satu isu. Benda ni out of sudden masuk dalam otak, terfikir. Mesti ada yang akan kata apa yang dalam paleotak aku ni tak logik, kurang relevan dan sebagainya.

Benda yang cuma terlintas, terasa nak sampaikan bila Kak Najlaa (link 1 untuk kenal) (link 2 untuk kenal) (link 3 untuk kenal) cakap pasal kapel, assumption bahawa mereka boleh buat apa mereka mahu dan apa usaha kita. Ye, apa usaha AKU ? Harap kak Najlaa tak kisah aku pakai nama dia ni. Tujuan baik, inshaAllah.

Benda benda alah sosial over ni banyak sangat dah jadi. Lelagi bebudak baru nak up ni. Seriously geli kot. Tapi tu la. Geli je mana cukup. Macam mana nak bagitau bebudak ni, apa yang diorang buat tu salah ? Macam mana nak cakap that's wrong this is right tanpa diorang rasa annoying ? Macam mana nak buat diorang terima apa yang kita cakap ?

Aku tanya diri sendiri. End up I found nothing. Yeah loser me. Harapnya terfikir nanti, dan terbuat apa yang difikir, dan terberjaya.


Kembali kepada cerita laporan audit negara. Time semorang dok cerita jam 3k, scanner 14k yang bunyinya sangat lawak, semorang dok kata rasuah itu rasuah ini, aku tertarik dengan satu part dalam laporan tu yang aku rasa takde sorang pun kisah dengan benda tu sebab dia takde kaitan dengan duit.

Ada satu projek ni - menggabungkan semua no kecemasan kepada satu. Kalau tak silap nama dia MERS. Antara objektif benda ni ialah nak mengurangkan panggilan palsu tapi benda ni tak berjaya. Aku tak ingat la percent dia tapi panggilan palsu lagi banyaaaaaaak daripada panggilan kecemasan.

Dan salah satu benda daripada kategori panggilan palsu ni panggilan senyap. Kira orang call tapi dia tak cakap apa. Banyak jugak ah percent dia. Kalau korang selalu tengok cerita hantu mesti korang rasa scary kann uuu ayokk takde orang di hujung talian.

Tapi kan aku terfikir mungkin diorang ni takde kawan. Mak ayah busy kerja. Yela barang semua harga naik kan sebab takde duit beli scanner dengan jam. Eh. Bosan bosan tu yang nak call kecemasan. Sesaja kekonon seronok la. Tetiba teringat iklan yang 'anda boleh dipenjarakan bla bla' tu. Bosan, tapi nanti kena penjara. Tu yang jadi panggilan senyap sebelum talian diputuskan. Haaa drama kan aku ? Wakaka.


Eh tapi serius la. Mesti ada punya dalam bebanyak tu yang macam ni. Okay maybe la dia tak buat macam aku describe tadi tapi (banyaknya tapi aku) diorang memang nak kawan. Dekat sekolah tak berapa nak klik. Mak ayah ada pun macam takde. Macam Trisy dalam Rooftop Rant. Aku rasa ramai bebudak yang macam ni.

Dan tahukah anda, orang yang murung, ditinggal famili, takde kawan ni lagi senang terperangkap dalam gejala sosial ni. Sebab diorang takde member, orang jahat hulur tangan mengaku member, berlagak member, berlakon member walaupun tak. Diorang first time rasa disayangi dan di-caring-i memang terus join buat benda pelik2. Same goes to yang dok berpakwe haram jadah euuww euuww.

Jadi aku terfikir, salah ke kalau ada talian yang boleh buat diorang rasa disayangi. Ada kaitan kan dengan masalah sosial tadi ?  Nanti ada la yang kata 'takpayah talian talian, Allah tu ada doploh pat jam'.


Yes, betul. Memang Allah ada. Tapi kau lupa, diorang tak kenal Allah. Diorang tak kenal Allah macam kau kenal Allah. Lepastu apa kau buat ? Datang dekat dia hulur bahu hulur telinga ? Tak kan. Kau judge dia memacam. Kata takde agama la bodoh la apa la.

At least, diorang rasa didengari. Lepastu slow slow la kita bawa diorang kenal Allah. Tapi kalau buat - 'talian untuk orang yang kesunyian', benda ni takkan jadi. Mungkin ada segelintir yang mahu, tapi akan ada yang ambil kesempatan. So aku rasa kekal je talian kecemasan tu, tapi yang memain tu, ha pass kan dia ke talian kesunyian. Kesian kan takde orang nak layan.

Kalau yang taknak cakap tu, mungkin kita boleh ambil inisiatif usha rumah dia yada yada entah la aku pun tak tau tapi teringin sangat nak ada solution untuk kesunyian yang boleh bawa kepada masalah sosial ni. Kesian. Takde orang boleh hidup sorang dalam dunia no bro.

Merepek kan cadangan aku ? Haha korang baca je la. Aku tak kisah pun kalau orang nak kata 'merepek doe minah ni. Mengarut.'


p/s : Aku tak setuju klasifikasikan kelas depan untuk budak pandai, kelas belakang untuk budak bodoh. Kalau gabung, kan yang pandai boleh ajar yang bodoh. Sama macam sekolah agama tak sekolah agama. Kalau yang dah kuat agama, gabung dengan yang biasa2, tak ke jadi dia tu pandai agama ?

p/s s : Aku memang tengah sakit. So kalau rasa merepek gila tahap pftt sila maafkan.