Jumaat, 28 Disember 2012

Gaza 3.0


Assalamualaikum. Penat kan asyik tajuk ni je? JANGAN PENAT HOI! Kalau taknak baca entry aku pun teruskan cakna tentang Gaza dan Syria dan Islam keseluruhannya. Qunut nazilah jangan lupa jugak. (Pedulikan ayat poyo, ambik isi dia je.)


Ahh malas bebel. Sambung sambung. Dah merusuh dah semorang suruh sambung. Tak penyabor betei kengkawan aku ni. Hewhew.

Pada entry yang lepas, kita dah bincangkan apa perbezaan Fatah dan Hamas kan? Kalau lupa bolehlah rujuk kepada entry INI. Haihh takpe, biasalah kalau lupa. Jangan sedih. Kalau baca bebanyak kali confirm ingat lepas ni.

Dan kita pun dah dengar yang Palestine dah dapat satu kerusi dalam PBB kan? Status Palestine dalam PBB dah dinaik taraf daripada entiti kepada non-member observer. Siapa yang bersusah-payah bawa usul ni? Fatah, bukan Hamas. Ha sebab tu aku suruh korang usya balik perbezaan Fatah dengan Hamas. Hamas, of course la menyerang secara gerila. Tak main PBB segala ni.

Apa beza entiti dengan non-observer member? Entiti ni entiti la. Kewujudannya tidak disedari, dan tidak diingini. Ada serupa tiada. Gituuu. Usul untuk tukar status ni dibawa pada tahun lepas ke security counsel supaya Palestine diterima ke PBB. Tahun ni diorang mintak naik taraf status pulak. Dan berjaya.


Apa faedahnya? Bila dah masuk dalam PBB ni, Israel tak boleh la nak cepatkan bina penempatan dekat haram dekat E1. Sorry, aku tak tau E1 tu stands for apa, tapi tu kawasan Yahudi la. Tempat puak-puak dia. Then, Palestine boleh buat laporan ke ICC (International Criminal Court, The Hague, Netherlands) dan Israel boleh didakwa. (sila check semual untuk kesasihan informasi.)

ICC tu tempat untuk membicarakan kes kes yang international. Macam antara dua negara macam tu la. Kalau ada readers yang amek laws, korang mesti pernah dengar ni kan? Ha tak pernah? Ayookk pergi search. Penting wooo.

Tapi eceli, even dah dapat status tu, dunia takdelah membantu sangat. Sebab tu lah Hamas slow talk dengan Fatah. Rentikanlah buat benda-benda ni semua. Mungkin dapat keadilan, mungkin tak. Apa kata kalau kita angkat senjata. Allah dah jamin kita menang. Gitulah. Pendapat korang macam mana pulak?

Oh, kan sebelum ni cerita pasal bantuan Turki dan Mesir kan? Kalau Malaysia apa pulak? Krik krik. Muehehe.

Sumber gambar.
Jadi, apa saluran kecaknaan kita? Apa yang kita boleh buat untuk bantu mereka?

1 - Dan sesungguhnya the most important thing is mempertingkatkan iman kita. Jaga hubungan dengan Allah. Mengaji, bangun tahajud. (Pesanan untuk diri sendiri juga yang selalu alpa T_T). Jangan mudah terpengaruh dengan suasana dunia sekarang. Duniawi sangat, akhirat tolak tepi. Kalau kita tak jaga, kita akan dihanyutkan jauh dari realiti. Hidup dalam mimpi.

Kita, lelebih lagi yang ada basic agama (sekolah agama, uni agama etc etc. *sentap*) kena menjadi qudwah kepada masyarakat. Cipta suasana baru, suasana Muslim sejati. Berkongsi ilmu supaya sama-sama bergerak ke medan jihad dan dakwah. Keluarkan diri tu dari comfort zone. Mementang duduk dekat Malaysia ni takde apa sangat, sibuk dengan dunia awang-awangan dia. Bangun woi!


2 - Berusaha untuk boikot. Kita kena cuba tunjukkan kuasa tekanan daripada umat Islam. Muslim dekat dunia ni berbillion. Memang boleh sangat bersatu nak lawan Israel yang cenonet tu. Tunjukkan kita ada kuasa. Apa yang susah sangat? Sibuk duk canang diorang tak bankrap punya bagai semua. Kita tak cuba mana nak tau. Jangan pesimis boleh tak?

Marah ni marah.

Setakat tak makan semua tu bukan boleh mati pun kawan-kawan. (Kemarahan dah terkawal sikit) . Malaysia pun satu. Aku cadangkan tutup je terus semua cawangan McD dan semua tu. Bagi can dekat local punya barang. Baru lah boleh maju. Nak government tax lettew. Opss.

Usya la sendiri.
3- Zaman sekarang dah berubah. Cuba berfikir di luar kotak. Apa agak-agak yang kita boleh buat? Kita ni dekat zaman teknologi. Kita generasi baru, syabab harapan ummah, InsyaAllah. Gunalah umur kita sebaiknya untuk Islam.

Sekarang kita hidup di zaman civil society. Dulu, nation state. Semua orang dok sibuk nak besarkan negara dia je. Lepas tu zaman multinasional. Ada la kerjasama antara negara. Sekarang, civil society, ialah zama individu. Semua orang dapat berhubung dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain even tak kenal sebab well-connected dengan internet. So apa lagi? Gunakanlah.

Kalau ikut cadangan dia, dia suruh desak kerajaan halau duta Israel. Negara lain ramai dah buat. Malaysia, time talk ni belum. Sekarang belum jugak rasanya. Ce tulis surat dekat PM kita. Maklumlah dia kan dengar suara mahasiswa ni. Hiks.

Dooooooooooooooooooooot. Dan bersambung lagi. Salam~

Jumaat, 21 Disember 2012

Gaza 2.0


Assalamualaikum. Atas permintaan ramai (poyo je padahal tak ramai pun) , aku berusaha untuk mengupdate sambungan entry lepas dengan cepat dan jayanya. Engkorang kena bersyukur. Tangan kiri gua tengah sakit gegila baru lepas injection HPV (nak tau natang apa ni google la sendiri) , ditambah pula dengan selsema dan tetibe muncul batuk tapi gua tetap malas makan ubat.

Okay enuf bebel. Ha last haritu gua bagi soalan. Jadi entry kali ni marilah kita menjawab soalan nya ye. Kenapa genjatan senjata berlaku selepas 8 hari padahal senjata diorang kan gempak. Sejak bila cuak niewww?

Jangan pernah berhenti berdoa. Ini senjata kita.
Jadi sebabnya ialah pertama, US dan UK yang menyokong penuh diorang selama ni pun menolak serangan kali ni. Yelah, tengoklah suara dunia. Berapa kerat je yang sokong Israel? US dengan UK ni pun takde lah tetap pendirian sangat walaupun dikatakan negara power.

Dan kalau tak silap, ni kalau tak silap la, aku pun dapat info kabur-kabur. Korang pergi search sendiri. Zaman sekarang kan senang je, google tu ha ada. Semua nak aku suap payah la. Hiks. Tak silap, Barack Obama yang menjadi presiden Amerika sekali lagi setelah memenangi pilihan raya yang lalu ada tak setuju dengan komander dia or sth like that. Kira ada konflik sikit la. So dia pun buat tak layan dengan Israel ni.

Kedua, sebab senario politik Timur Tengah yang dah berbeza. Contoh paling osem ialah Mesir yang diperintah oleh Dr. Mursi daripada Ikhwanul Muslimin. Ayat dia "Mesir sekarang dah tak macam dulu. Kami takkan biarkan Gaza dizalimi." Mesir dulu, siap tutup sempadan woi. Punyalah jahat. Kali ni satu sempadan dibuka untuk semua masuk. Israel takde pilihan, sebab dia kecik je sebenarnya.

Perdana Menteri Mesir siap hantar menteri luar dia, Dr. Nabil Al-Arabi ke Gaza. Then, disebabkan Mursi yang naik dengan beraninya, Perdana Menteri Turki, Erdogan pun turut bangkit membantu. Haa power kan kalau Muslim yang berpegang dengan ajaran Islam sepenuhnya bersatu?

Jadi marilah kita bersama membina individu Muslim dalam diri. Lepastu kalau nak ke arah baitul muslim, target kita sepatutnya melahirkan generasi yang hebat dan gagah macam Sultan Al-Fateh dedulu, dan Mursi kini macam dalam entry pengerusi gua - Aiman Azahan. Mohon baca. Lu orang tekan je link tu. Bukan suka-suka je nak kahwin bro. (tak lerry kan?)

Ke arah melahirkan generasi Muslim Mukmin. 
Kita jugak kena tau sejarah, lelagi sejarah kita. Sejarah Islam dan negara-negara Islam. Ni patut masuk dalam silibus pelajaran. Tapi takde pulak. Susah la sikit orang nak cakna. Tak puas hati betul gua. Wa bil idhofah ila (tambahan pula) , siapa kata politik tak penting woi? Orang osem naik, aman. Lain la kalau korang taknak aman bolehlah kata tak penting. Uhuk uhuk.

Okay antara syarat genjatan senjata nya ialah - (1) Dua dua pihak kena berhenti serang. Kalau serang maksudnya genjatan senjata terlerai. (2) Target killing tak boleh. Target killing tu macam target orang orang tertentu dan zuuppp die.

Bila asyik genjatan senjata tapi diserang juga, muncullah soalan soalan standard, boleh percaya ke Israel ni? Ini bukan racist. Dah dia yang tunjukkan dia macam tu nak buat macam mana.

Damai yang dihulur, harus disambut,
Kalau mungkir, serang balas.
(sunnah)

Jadi itulah jawapannya ye. Jawapan yang mereka beri. Jawapan sebagai seorang Mukmin. Sebab qudwatul hasanah kita ialah Rasulullah (S.A.W). Perjalanan hidup kita yang mengikut sunnah, akan diberi pahala dan insyaAllah yang paling penting, dapat keredhaan Allah. :) La tahzan, innallaha ma'ana. Kita nak risau apa? Kita ada Allah. Terima je, dan berserah kepada Allah.

Daulah daulah Islamiah! La syarqiyyah la ghorbiyyah!
Seorang akh Gaza ada menyebut, hidup diorang ni macam mimpi je. Diorang dah biasa disiplin dalam hidup. Sebab kematian tu bebila je sebenarnya. Takde masa nak kisah benda duniawi ni. Semua sibuk mengejar syahid. Jadi, apakah contribution kita pula? Diorang dah ada highway ke jannah, kita dekat sini, selama 8 hari tu apa je kita dah buat? Allah. :(

Sesungguhnya sepanjang 2012, 65 orang dibunuh. 65 ORANG TU IKHWAH KITA, SAUDARA KITA! Kalau kita tak rasa apa-apa, tak tau lah nak cakap apa. Instead of sedih, kita kena marah. Sebab kena lebih sensitif, supaya menggerakkan inisiatif. Setakat sedih then kbye baik tak payah weh. Be proactive.

Dan gua harap lu orang maafkan gua. Sebab entry ni still ada sambungannya. Talk tu dalam dua jam lebih, dan gua nak pastikan setiap isi dan perkataan yang bermakna wujud dalam entries gua. Kalau pepanjang sangat, lu orang malas baca kan? So, selamat berjumpa di episod yang akan datang dan Assalamualaikum.

Ahad, 16 Disember 2012

Malamku Di UIA #3 - Gaza.


Hah dah lama tak ada slot ni kan? Banyak je nak cerita sebab memalam memang selalu ada talk tapi entah kenapa tak rajin nak menulis. Asif 'ala kulli hal. (Huyoo cakap arab. Translate : Maaf atas semua.)

Orait Assalamualaikum. Gaza. Peduli kita tak bermusim kan? So takde istilah cerita ni dah lama ke dah basi ke and whatsoever. Tapi, memang talk ni dah lama pun. Baru ada time (poyo bajet busy) nak share dengan engkorang semua.

Qunut Nazilah jangan tinggal :)
Ni forum. Ada dua panelist - Ustaz Faris dan Ustaz Mohd Raimi. Dedua ni sukarelawan ke Gaza. Soalan pertama, apa faktor peperangan yang berlaku time 1Muharam haritu, rentetan daripada yang berlanjutan selama 60 tahun ni. Ya, 60 tahun. Dan mereka kata kalau Palestin menang, tanda kiamat sudah dekat, berdasarkan hadith ni : -

Dari Abi Hurairah ra. bahwa Nabi SAW bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi, "Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah!" (HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami' Ash-Shaghir no. 7414)

Tapi kita ni selalu lalai dan leka. 60 tahun dan kita tak buat apa. 60 tahun, kiamat nak dekat masih hidup berfoya-foya. 60 tahun, apa sumbangan kita dekat Islam, atau sekurang-kurangnya terhadap diri yang Muslim? Aku dah hidup 19 tahun tapi kalau ditanya apa je aku dah buat, pehh memang terdiam la. T_T

So what's the factors? SATU, dah memang kerja dia tindas orang. Dapat sokongan pulak tu kan. Umat Islam pula buat duno je, lagilah dia rancak. DUA, pada 14Nov 2012, Pemimpin al-Qasam, al-Jabbari diserang dan mati dalam kereta bersama anaknya. al-Qasam ni sayap kanan Hamas. So, Hamas pun serang balik. TIGA, Gaza dah macam penjara besar. Itu negara diorang tapi Israel dok sibuk kawal. Mereka nak bebas.

Credit to : Palestin.fb.
EMPAT, Israel tak puas hati sebab rakyat sokong Hamas yang tak diiktiraf Zionis. Susahlah Zionis nak jajah dalaman. LIMA, Israel terkejut, dan tak sangka, roket Hamas boleh sampai ke Tel Aviv. Tel Aviv tu kan maju ada segala benda, so macam mustahil la roket Hamas mampu serang situ. ENAM, diorang bajet tu tanah diorang. Ye, memang dulu Allah bagi Palestin kepada Bani Israel, tapi mereka menolak. Ni tetibe nak minta balik apehal?

"And the Jews will not be pleased with you, nor the Christians until you follow their religion."
(2 : 120)

Sedikit biografi tentang Ahmad Al-jabbari, sebab macam aku, tak ramai yang tau siapa dia ni. *sobs* Dia yang ditembak tu merupakan pemimpin al-Qasam, iaitu sayap kanan Hamas. Menantu kepada pengasas al-Qasam - Izzudin al-Qasam. Beliau syahid sewaktu berumur 52 tahun. Mereka ni cita cita memburu syahid, jadi tak takut mati. Dan takkan mensia-siakan kematian tu sebab orang baru yang naik, akan lebih agresif. Bagi mereka, berbanding individu, matlamat perjuangan lebih penting. Padan muka Zionis Laknatullah !

Dan sedikit perbezaan antara Fatah dengan Hamas. Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Dan ada yang tak ambil tau jugak. Meh nak cerita sikit. Fatah diasaskan oleh Yaseer Arafat. Diorang ni matlamat nak keamanan dengan cara baik. Takde perang dan pemberontakan. Mereka menguasai West Bank. Hamas pula, matlamat mereka adalah untuk membebaskan Gaza, West Bank, Masjidil Aqsa dan Palestin keseluruhannya. Dan kita lihat, rakyat Palestin lebih memilih matlamat yang lebih jelas. :)

Macam ni lah peta palestin, West Bank dan Gaza pun terpisah.
Pemuda mereka, bukan anak-anak kecil Palestin hebat-hebat. Kecik-kecik dah mampu quote ayat Quran dan al-Hadis. Kita? Aku yang 19 pun, ustaz tanya aku diam. Padahal rasanya ayat senang je. Tak kisahlah bebudak tu memang arab ke apa. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Peh sentap dekat diri sendiri.

Dan selepas 8 hari, genjatan senjatan dibuat. Kenapa 8 hari? Selama ni si zionis ni tak kisah pun nak serang berapa lama. Ni baru seminggu dah ada genjatan senjata. Hurmm kenapa? Akan bersambung di entry akan datang. Hiks sorry. Salam. :))

Jumaat, 7 Disember 2012

Sekilas cuma.


Alhamdulillah, praise be to Allah as I'm alive and still in a good condition. You should say tahmid too guys. Well, we got 24hours a day, and it just takes a second to say Alhamdulillah. Takkan tu pun tak boleh?


Assalamualaikum everibadi. Melihat kepada tajuk yang tidak menarik tu adalah disarankan untuk anda agar menggerakkan tetikus anda ke sebelah atas kanan dan click pangkah. Tapi kalau nak baca juga, gasaklah.

This is just a story. About who? Biarlah rahsia. Neither information nor something knowlegable. Just A Story.


Well, truth always hurts. Fortunately, she was prepared for that. She never put hopes high. Although she prayed, it'll be forever. She knew something stranges had happened. It was never the same like before. The person had changed. Yeah, that person said that she was the one that changed. How and what, she didn't know. She didn't want to know. She just wanted to end it. Never gonna fix it. It was enough. Better be like this than being suspicious and insecure all the time. Now, she was released. A little bit sad but it was the best, insyaAllah. Until the right time, she just wanna stay like this. Fullstop. This is reality. Soriente. :)

Thanks for the memories. For unknowingly making her a better person. She's not changing for you. If you said she has changed, then you just don't know her. For all stupid promises and your sweet words that you didn't fulfill, she said she'll forgive you. And forget it. She apologizes for everything that she'd done for all this time. Thanks to you. she became more heartless.

End.

P/S : Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Permudahkanlah urusan perjalanan kami. Permudahkanlah kami dekat sana. Permudahkanlah segalanya. Amiin. Amin kan sekali kay? Thanks. :)

Jumaat, 30 November 2012

Racism.

Assalamualaikum~

Penat penat penat.

Harini macam2 benda, yang tak dirancang jadi. Dan segala benda tu, buat aku penat. Penat sebab berjalan, sebab bengang, sebab tak balik rumah for a week (aku bukan manja ye. heh.) dan penat dengan kelas arab yang penuh dalam seminggu.

Ha tengoklah sendiri, penuh kaaannnn?
Apa kaitan benda alah penat ni dengan tajuk? Takde. Tapi sebab blog aku, ikut suka aku la nak meluahkan perasaan kat sini. Hikhik.

Okay sekarang nak cerita pasal racism. Aku pelik sebenarnya isu macam ni wujud. Cuba korang fikir, korang semua manusia yang sama dan mempunyai warna darah yang sama, mesti takde rasa kau lagi hebat, kau lagi bagus etc etc. Err tapi takdelah pelik sangat kalau ada pihak yang sibuk mainkan isu ni. Opss.

Teringin juga nak tahu, kalau ada yang berdarah biru atau hijau. red-blood-cells.
Nak rasa diri sendiri bagus sebab religion ke race ke rasa sendiri. Toksah nak pandang jelik dekat orang lain. Contoh yang selalu kita nampak Melayu la. Sorry to say. Tapi aku selalu dengar tak patut Cina ni la India tu la. Dehek? Cina bagus ekonomi lepastu kau sibuk nak bising salahkan diorang? Walaupun aku Melayu, tapi aku menyampah dengar. Cermin diri sendiri tu dulu. Perangai sendiri yang entah apa apa nak salahkan orang.

Pasal kelebihan yang Melayu dapat ni pun ada tak bagusnya. Manja sangat. Semua nak kena diberi. Jadi too dependent dekat kerajaan. Usaha sendiri la woi. Daripada sibuk bising pertahankan priviledges kita dengan alasan Malaysia ni milik Melayu suatu waktu dulu, takde gunanya. Baik ubah diri sendiri, supaya orang respect. Barulah tiada siapa yang condemn priviledges tu.

Ni kerja bebudak melayu oii. *tutup muka*
Kawan aku cerita, Cina pun ada jugak yang racism. Ini bukan nak kutuk. Ini nak tunjukkan realiti yang Malaysia punya perpaduan takde lah se-gah yang dicanang sebenarnya. Dia kata, lecturer dia, seorang je la, jangan korang dok kutuk orang Cina lain jugak, judge Cina lain jugak, tengok diri sendiri tu dulu. Dia tawarkan bantuan pelajaran tapi cakap dalam bahasa Cina, so budak Cina je lah yang faham. Ish, mana boleh begitu, kan?

Itu pertama. Racism. Diskriminasi kaum. Kedua, negerism. Aku tau word tu tak wujud, tapi korang faham kan apa yang nak disampaikan? Diskriminasi negeri. Semangat kenegerian tu tak salah, bagi aku lah. Lantak dia lah dia nak bangga dengan negeri dia ke, nak cakap dalam loghat negeri dia ke, asalkan dia tak kacau orang dah lah. Yang takde kerja kutuk negeri orang tu apesal?

Takde kerja kot siapa yang buat group ni. Attention seeker.
Selalu dalam kes ni, yang selalu dikutuk, yang aku nampak, Kelantan la. Orang suka cakap diorang asobiyyah kuat. Heh, kau pandang yang asobiyyah kuat tu, lepastu kau nak judge semua orang Kelantan sama? Kick your ass. Macam negeri lain takde je. Last-last jadi gaduh sebab benda sekecik perbezaan negeri ni. Bro, Malaysia jugak kan?

Annoying gilaaaaaaa.
Aku pernah jugak dengar orang kutuk KL. Dan dia khususkan dekat perempuan KL pulak tu. Gaya dia cakap tu macam semua perempuan dekat KL ni duduk dekat Jalan Bukit Bintang, Chow Kit, Jalan Haji Taib tu jual diri. So, kalau aku yang pakai tudung ni tak boleh la nak mengaku perempuan KL? Bullshit. Rasa nak je cili mulut dia time tu. BENGANG GILA WOI.

Yang ketiga, bloodism. Diskriminasi darah. Ala, darah tu sama je warna merah. Tapi ada la golongan tertentu yang bajet darah dia warna putih suci tu. Anak dia tak boleh kahwin dengan anak orang biasa. Ada setengah tu kawan pun tak boleh. Tak sekufu, tak sama taraf katanya.

Ada seorang kawan aku ni, dia ada kawan yang parents dia macamtu. Adalah keturunan dia, tak boleh disebutkan. Hiks. Parents dia carikan jodoh untuk anak-anak dia. Taknak anak-anak diorang kahwin dengan keturunan lain. Kawan-kawan diorang pun dijaga. Yang gaya tak setaraf tu tak digalakkan rapat. Over kan?

Macam-macam pesen manusia. break-heart.
Weh, benda-benda ni semua bukan boleh bawa masuk kubur pun. Pertahankan hak Melayu ke (walaupun ada yang cakap kalau tak pertahan, tak tertegaklah Islam. Aku tak setuju. Cina Muslim lagi hebat daripada Melayu yang lahir terus Islam tapi perangai, tak payah cerita lah.) , gaduh dengan orang lain negeri ke , sibuk jaga 'darah' ke , semua tu tak meningkatkan taqwa pun.

"Orang yang paling sempurna Iman kamu, ialah orang yang akhlaknya paling baik."
(riwayat al-Baihaqi)

Jadi kesimpulannya, despite of his race, gender, religion, state, blood, etc etc, hendaklah kita berbuat baik terhadap orang tu. "Akhlak yang mulia semua orang suka, jadikan ia cara hidup kita. Berbuat baik ikhlaskan hati agar amalan kita diberkati."

". . . and Allah is most surely with the doers of good." (Al-Ankaboot : 69)

p/s : Bukan dengan manusia je, dengan binatang dan makhluk-makhluk lain juga. Orang jahat, ada yang boleh diberi peluang. Yang perangai lebih teruk dari binatang, eloklah dilayan selayaknya juga.

Manusia bermuka binatang?
p/s (lerry) : Walau macam mana baik dan caring pun, takkan ambil risiko untuk suka.

Khamis, 25 Oktober 2012

Lawyers to be ^_^


Assalamualaikum peeps. Salam Aidiladha. Poso dop 9zulhijjah?

Pejam celik pejam celik tak sangka dah setahun setengah. Rasa macam kejap je. Dulu masa bulan 9 merungut orang lain dah degree, kita ni tak habis habis foundation lagi. Mulalah rasa noob, lembap loser etc etc. Lagi lagi bila selalu lepak dengan kazen yang sebaya dan dah degree.

Selalu lepak dengan dorang ni. Semua dah degree. Sobs.
Tapi sesungguhnya, perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Last day semua macam tak beria nak bersedih sangat. Ye lah, macam aku ni ada short sem. Kang bulan 11 nampak lagi PJ tu before masuk gombak bulan 2 nanti. Adalah rasa sayu. Macam ish dah habis dah. Kejap je sebenarnya.

View daripada tingkap bilik :)
Masa berjalan dengan sangat pantas sampai kita tak sedar yang kita dah tempuh macam macam sebenarnya. Sem ni paling banyak kenangan gila. Sem lepas pun tak kurangnya. Laughing, crying, nagging, gossiping. Kenal ramai orang. Especially bebudak laws yang tak pernah tau pun dia satu course sebelum ni. Korang mempelangikan hidup aku dekat cfs tu. :)

Futsal team. Sem 2. Serious i love you guys!

Roleplay. Sem 2. :')
Kalau nak senaraikan satu satu memang sampai tahun depan la tak habis kan. Tapi sebenarnya bila fikir balik, tak semua ambek short sem. So, we're not going to meet this november. Lagi 3 bulan baru jumpa balik. Lama kot. Ada yang foundation 2 tahun. Bulan 9 next year baru nampak muka diorang. Huwaaa.

Roleplay sem 3. Best group!
Laws dinner - Turning Dreams Into Reality :)
Lagi Huwaaa tak semua boleh jumpa dekat gombak. Syifa' pergi Kuantan nanti. Dah la next year tak jumpa dah. Lepastu dia jauh pulak. Nanti dah takjumpa la bebudak sciences. Room mates cipak, ainaa one piece, aina cmc, wani, hawa. Yang sambest timah, cdah, fatin. Ish. Sayu nya.

Akan merindui :')
Okay enuf with the memory lane. Move on. Ada orang tweet seperti yang di bawah ini :

Adik2 yang ambik law, saya sarankan berhenti dan tukar course lain. Hidup dlm bidang legal tak seindah mana. Silap2 boleh putus cinta sbb busy - c&p above

Bila aku baca ke aku macam "huh? apakah ini?" Orang pernah cakap, kalau kita suka sesuatu tu, walau sesusah mana pun benda tu kita akan try to get through jugak. Sebab kita suka. Mungkin la tak seindah yang kitorang bayang (eceli aku tak pernah bayang pun), tapi still kita yang membentuk persekitaran, jangan persekitaran yang membentuk kita.

Aiceh poyo je aku. Mari tengok selama mana kaka dapat bertahan. Well, taking risk is an adventure. And I love something adventure. Lagipun bila dia cakap macam tu aku terfikir, ce cakap bidang apa yang pelangi warna warni muncul tanpa setitik hujan? Even hujan setitik selalunya takkan munculkan pelangi. Kan?

Ini bukan rainbow ini kertas warna.
Lepastu kitorang ada taklimat untuk degree. Mula-mula dah cerita pasal dismissal. Tak boleh blah. Orang belum masuk pun woi apa jadah dismiss. Dia ada bagi kertas. Belum bukak lagi member sebelah dah bagitau, satu sem 10 subjek kalau ambil syariah. Oh 10. WHAT 10?! Okay tolak co-cu, tolak tilawah 8 je lah tapi still banyak. @_@

Level tu year ye anak anak. Tengok lah pulak berapa subjek yang arabic. :O
Yang tak boleh blah, ada member aku respon "banyak gila. malas la sambung macam ni. kahwin je la." Seriously beb? Okay memang la it just a joke tapi macam pehh taknak aku. Tanggungjawab sebagai perempuan, anak, student pun tak fulfill lagi nak tambah lagi satu. Belum sebagai muslimah lagi. Lama lagi weh.

Total credit hours - 168 for 5years degree.
Bila aku tanya budak econs, paling tinggi credit hours diorang pun 145. 4 tahun. Kitorang? 168 woi! 41 subjects law tu kalau tak silap. Memang gila babi la hardcore. Tapi belum cuba belum tau ye dak? Susah tapi suka = Seronok. Don't worry. Wakaka.

Well, that's all I think. Aku nak highlight orang cakap laws ni susah, bosan. Nanti jadi lawyer busy. Madam siap pesan kena cari suami yang memahami. Kang kita balik lambat dia jeles tak bertempat. Sebab tu lawyer selalu kahwin dengan lawyer. Tapi susah tu la challenge. Mana best kalau semua benda senang ye dak? Susah tapi tak mustahil. Allah dah janji pun,
"In every difficulty, there's relief." (94 : 5)

P/s : Sorry post kali ni dipenuhi gambar.

p/s 2 :   - Ada orang bagi magnum. Terima kasih anda ! Hihi.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Happy 19 me. :)

Heyla salaaaammmm.

Dah lambat kan? Tapi peduli hape aku. Mood nak tulis turun naik. That's not my fault. Lagipun lately busy with all those assignments, kesihatan diri dan final. Ye, saya akan start final 8th october ni. Mohon doakan terima kasih. *tunduk tunduk*

Sesungguhnya bagi yang mengharapkan entri berilmiah harapnya pergi dekat hujung tu dan tekan pangkah. Ini entri pengalaman. Dan kasih sayang. Cewaaahhh.

Mari mulakan dengan sketsa kejam bebudak roleplay aku. Kitorang rancang nak buat jamuan raya. Kawan-kawan yang ini. Rujuk sini. Saja je nak berkumpul balik dengan bebudak roleplay. Dah lama tak jumpa. Rindu :'). So dah alang-alang tu rancang nak prank sorang member ni sekali sebab dia lahir before tarikh tu. Ala-ala prank belated gitu.

                              
                                     Ni acip :) Mula-mula dia lari, last last paling teruk kena.

Lepastu dengan tak disangka, dorang prank aku sekali. Ya Allah memang tak terlintas langsung. Sebab aku la mastermind cadang tepung semua. Last last aku pun kena. Satu tepung tu si asyrah tabur atas aku. Yela dia kan tinggi aku pendek. Senanglah nak buat kerja kerja gitu.

Asyrah yang kejam. Sampai macam tu sekali jadi muka aku. With lovely fatin (atas) and awesome yaya (bawah).

Lepastu yang tak boleh blah semua orang main tepung. Semua orang kena. Ada belon isi air lagi. Memang habis la semua orang kena. Daripada jamuan raya, jadi main-tepung-prank-birthday. Ala kira jamuan raya jugak lah sebab time tu, 12 September, syawal lagi hihi.

Thanks syafiq aizat ngan cerah sebab belikan cake ni :)

cerah sibuk. tu fruit yogurt :3

That's the first birthday present that I got. And I loved it soooo much. Bukan senang nak dapat. I love you guys. :')

17th September. Ni tarikh birthday. Orang first yang wish tepat2 pukul 12 ialah Azzan. Dia budak group social studies. Malas la nak letak gambar dia hahaha. Terima kasih gegila weh. Appreaciate sangat. Dah la sebenarnya aku nak tidur. Tapi dia gi whatssap aku sampai aku tak boleh tidur dan jadi orang first. Sabar je la. (Harapnya dia tak jumpa blog gua. Malu la woi kalau dia baca ni.)

Lepastu Amirah Syaza. Bestfriend forever. Sebelum tu Fatin dah wish. Syifa' pun. Zana ingat dengan wish panjang2 dia and sangat terharu. :D AnNuur wish lambat. Dia banyak circumstances. Aku dah tacing gegila selamat dia mintak maaf. Then came wishes from Beijing and US. Gila saaaayaaaaang dekat Bad and Acap. Tak sangka korang ingat. Dan ramai lagi. Sorrylah kalau nama anda tak disebutkan. Bukan tak hargai okay. Saya masih simpan text call whatsap tweet wall post apa apa lah yang korang bagi. :)

Sayang korang sampai syurga insyaAllah :)

Before date tu umi buat makan makan. Sesama family je la. Dapat dua kek hokeehhh. Suka gilaaa. Dah la sebelum ni dah makan banyak kek. Seronok gila. Tapi takde gambar cakes tu. Ada kot dorang amek tapi malas la nak carik dekat fon sape entah. Yang pasti best. Hihi.

After a week, aku kena prank lagi! Kejam weh. Ni semua angkara kazen saya yang tak prihatin dengan rayuanku. Yela, time aku datang um tu dan kantoi dah dorang nak prank. Si ise aka tupai mengantoikan dekat chatbox. Wakaka. Yang ni lagi kejam. Siap curi spek, lepastu tutup mata bawak pergi mana entah. Macam diculik je rasa.

Tengoklah memuka kejam ni. Kazen aku ni tunduk pulak.

Super duper kejam bila lepas tu dorang sembur dengan sirap + sos + serbuk pisang goreng. Euuww sangat tau tak. Memang habis rosak la tudung aku baju semua. Selamat lepastu cecepat basuh dengan mesin. Thanks deng. Malam lepas kena prank, bergosip. Esok pagi kak husna (sebaya tapi mcm best panggil dia kak) kejut sebab semua tak larat bangun. Haha.

Deng, tiada dalam gambar. Kazen, 4 dari kanan. Kak husna sebelah dia.

Esoknya berjimba dekat Low Yat, Times Square dan Mid Valley. Memule tak cadang pun nak pergi times square. Makan dekat Low Yat pun boleh tapi sekali Low Yat blackout. Blackout hokeh first time gua dengar. So makan la dekat TS. Lepastu si kazen sengal ajak movie dekat Mid. On je la. Resident Evil. Haha. That was the best weekend among the best weekend I ever had. Serius, seronok. Arigatou3.

Atas, tutti ts. Bawah, food court kk3, kk4, sebelum berjimba.

Atas, poksu, nik yeh, ise, moksu - ts. Bawah, -, yan, moksu, timah - otw ke mid.

Paeh,timah, yan, aku, ise, nik ayeh di kk12.
Pose ise yang gedik ditiru oleh timah, aku, yan dan qilah. Tasik kk12. :)

Esok lepastu pulak dapat hadiah hadiah ini. Hiks.Eh yang teddy bear tu dapat malam prank. Si paeh bersalah sebab dia lambat wish. Padahal aku relax je. Mula-mula kenalah buat tacing sebab poksu moksu ise semua wish. Kehkeh.

Kasut - ise. Bear - paeh. Baju - Cipak.

A week later, 30th September, dapat cakes laaaaagiiii :D A slice of cake dan cupcakes. Ariff bagi. Budak ni wish aku pukul 4 pagi lepastu aku terjaga. Arghhh kacau je masa tidur aku. Terima kasih kawan. Gila lama dapat hadiah lagi. Sape tak seronok weh. Dah la ayat takleh blah. Tak bagi balik sebab dia nak bagi something. Apakaahhh.

Sedap kan? Muahaha.

Well, then goes 2 orang yang tak wish. Dua kawan baik. Eh sorang tu wish jugak. Yusri. Ehem dia ingatkan hakhak. Kalau tak mesti sampai sekarang tak wish. Another one is zahierudin. Tapi dia pernah ke ingat bday aku selama ni. So macam takde perasaan sangat. Wakaka. Yang sorang lagi? I DON'T CARE. Fullstop.

Tu je lah. I am a happy girl indeed. Thanks a bunch friends. You made my days. You are always making me smile. Lots of love from me. :)



p/s : banyak gambar2 yang aku amek daripada orang lain. halalkan ye. ;)


Sabtu, 8 September 2012

Oppa Gangnan Style.


Salam.

Aku sebenarnya malas nak cerita benda alah ni. Common sangat. Tapi sebab baru lepas debat dengan sorang hamba Allah ni, terasa nak share opinion.

Mungkin anda semua tahu ada yang cakap lagu tu hina nabi Muhammad lalala dan sebagainya yang penting ada kaitan dengan Islam. Satu yang aku tak suka pasal serbanistas ni, dorang ni kengkadang main belasah je nak cakap apa asalkan orang ikut dorang.

Dah serupa macam gangnam tu aku nengok. Nak orang ikut dia. Cuma dengan cara yang berbeza. Truthfully, mende alah tu lagi menarik orang. Yela orang sekarang kan suka menari amende tah aku pun tak paham apa dia buat tu.

Nanti mesti ada yang cakap, "Setan memang mengajak kita ke arah kejahatan. Sebab tu kita susah nak ikut yang betul." ; ataupun "Pintu hati kau dah tertutup untuk benda2 baik agaknya." ; atau yang lebih ekstrem, dia rasa diri dia Tuhan "Ahli neraka kau ni sebab ikut benda2 tu."

Persoalannya di sini ialah, dorang ni sebar tanpa selidik. Berhujah tanpa fakta. Bercerita tanpa tau asal usul. Letak hukum ikut suka hati. Aku yang tak suka benda tu pun menyampah dengan cara engkorang, apatah lagi la yang suka kan?

Mesti dorang berusaha habis habisan untuk pertahankan yang benda tu tak hina agama kita. Sebab dorang pun ada sumber dorang. Lagi2 yang memang addicted siap dah boleh faham korea atau yang lebih hebat, boleh cakap korea. So dorang tau la apa yang oppa tu menari kan.

Lagi satu, korang sebok dok canang semua tak boleh, semua haram, ada bagi alternatif lain tak? Pernah dengar tak, jangan bangkang kalau takde cadangan lain? Benda ni boleh apply dekat semua benda asalkan tak bercanggah dengan Quran dan Sunnah. Dengan yang JELAS tercatat, bukan qias semata. 

Ha ni pandangan aku. Kalau pandangan korang lain, tak payah nak ajak gaduh pulak. Masing-masing la. Lagipun daripada korang sebok dok gaduh benda ni entah2 banyak benda yang lagi penting yang korang terlepas pandang. Ke korang saje je. Isu pun kena la ikut trend kan? Wakaka.

Sekian.

P/s : Semangat merdeka. Terima kasih kepada orang terdahulu yang berusaha mempertahankan agama Islam di saat British memperkenalkan English Law. Kalau tak, takdela kami di sini merasa nikmat Iman dan Islam.

P/s p/s : Alhamdulillah masih bernyawa. Eksiden tak teruk. Syukur. *Malas letak gambar*

Rabu, 22 Ogos 2012

Cerita si pembuat kuih


Dia seorang pembuat kuih. Bukan sebarang kuih, tapi kuih raya. Eceli yang lagi tepat biskut raya. Pabila tiba musim raya, tak kisah la raya haji ke raya aidilfitri ke raya cina ke mahupun tahun baru atau sambutan kemerdekaan #Janji Ditepati , biskut nya laris bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Setiap yang merasa pasti memuji. Kemudian menyebarkan. Arakian semakin berganjak masa, kuih/biskut nya semakin disebut orang. Kalau disebut je mana best kan so mestilah dibeli sekali. Makin ramai yang tempah. Makin ramai yang ter'addict' dengan kesedapan biskut tersebut. Ada tau orang addict makanan.


Rahsianya cuma satu. Dia buat, bukan untuk keuntungan semata. Untung amende duit dan yang sekait dengannya semua belakang cerita. Yng penting, siapa yang makan, terasa kebahagiaan. Pujian tidak penting. Yang penting kepuasan. Ya, kepuasan si pembeli.

Disebabkan dia buat demi orang lain, orang lain terasa kesedapan yang diisi kasih sayang. Cewah. Selain kemahiran yang memang tak dapat disangkal menyebabkan kuih tu jadi sedap, seperkara lagi, perasaan. Kalau orang yang kejar untung, komfem dia pakai barang murah, buat cincai boncai je. Tu yang jadi tak sedap.


Itulah yang menjadikan kuih dia, atau biskut laris dan perniagaam terus maju. Duit bukan segalanya bro. Kalau orang suka, kau pun rasa puas. Tu yang lebih afdal. Malangnya ramai yang tak sedar hakikat ni. Semberono je tak peduli orang lain asal diri sendiri dapat apa yang dihajati.

Eh betul ke penggunaan kata semberono tu? Wujud ke?

Jadi pesanan ikhlas daripada diri saya kepada sesiapa yang bukak kedai makan atau berniaga dekat pasar malam tu, kalau rasa kau masak tak sedap, better tutup je la. Kalau nak bukak jugak, masak sedap sedap. Dua pilihan tu je. Supaya takde lah kami yang makan dan awak yang buka kedai bertambah dosa.

Jangan salahkan kami kalau orang kondem kedai kau. Jangan nak sihir kedai orang lain kalau dia ada lagi ramai pelanggan daripada kau. Cermin diri dulu. Tingkatkan prestasi, bersaing secara sihat kay.


P/s : Teksi kaler hijau no plat HWB 6869 berlegar sekitar Petaling Jaya. JANGAN naik kalau taknak bad mood. Driver ni tetibe marah marah. Emo lebih. Sebarkan. And for you driver, don't mess up with lawyers-to-be!

Selasa, 21 Ogos 2012

Review buku: Tunggu Teduh Dulu by Faisal Tehrani

Salam syawal dan Selamat hari raya Aidilfitri member member sekalian.

Takde entry pasal raya tapi ni entry pasal aktiviti di hari raya. Kira ada lah jugak kaitan tu kan? "Baca buku time hari raya? Seriously?? Sempat ke?" Ye sangat sempat ye kawan-kawan. Sebab aku raya 1st and 2nd dekat Ipoh. Lagipun baca memalam. Mana ada orang datang raya.

Okay habis melalut. Ni aku nak cerita pasal buku Faisal Tehrani tajuk dia Tunggu Teduh Dulu. Time usya sinopsis dia tulis macam ni 'Kita ni wanita Islam. Kta kena tunjukkan kita ada kekuatan dan maruah." Peh, terus aku rasa menarik. Sebab aku ni sexist sikit. Sikit je la. Kalau pasal mempertahankan hak wanita ni aku laju je. Wahaha.

Sumber.
Lepastu cerita dia pasal sorang perempuan ni. Mak ayah dia dah takde, dia duduk dengan mak tiri dan ada sorang adik laki tiri yang bermasalah. Ayah dia mati, tinggalkan dia tanah. So dia dengan member dia cadang nak bukak ladang betik atas tanah tu. Dorang pun berusaha la sehabis baik. Lepastu, perempuan ni ada dua orang, eh tiga orang lelaki yang suka dia so dia macam konpius nak pilih mana satu.

"Khullah lebih tinggi daripada mahabbah. Persahabtan lebih tinggi daripada percintaan. Jangan lah rosakkan persahabatan disebabkan percintaan." - Faisal Tehrani.

Tu sedikit overview la. Tapi yang best nya pasal buku ni sebab dia berunsur ketuhanan. Apa yang berlaku pun, ladang betik bermasalah memang husnuzzon je dengan Allah. 'Kita ada aqidah. Itu sumber kekuatan.' 'Kita bergantung dengan qada' dan qadar. Kta usaha, Allah yang tentukan. Kita tak nampak apa rancangan Allah tapi kita kena yakin dan percaya dengan janji-Nya.' 



Google image.
Tu sebahagian ayat yang best lah. Aku tak ingat the exact statement. Tapi ayat Faisal Tehrani lagi style la. Dia punya bunga lagi menusuk dalam hati. Siyes korang kena baca. Mak dia meninggal dekat Makkah, macam mana dia jumpa siapa antara tiga orang tu yang betul betul untuk dia memang style. Bukan lah style tapi macam wow macam tu dia jumpa. Ala payahlah, pergi baca lah.

Lepastu ada jugak terselit realiti masyarakat kita. Contohnya, ada satu part tu kerajaan nak amek tanah ladang betik tu nak buat jalan, dorang dah pakai peguam mahkamah bagai pun kena rodok jugak. Last last, member dia tu, bapak dia Tan Sri masuk campur baru lah semua orang respect. Ye la masyarakat kita, ada Tan Sri, Dato' terus tak boleh kacau. Orang dengar je cakap dia. Tahpape tah.

Ada kaitan ke gambar ni?
Lagi satu, si adik dia yang bermasalah tu pinjam duit dengan along macam tu la. Lepastu rumah dia dan isteri adik dia kena kacau. Sampai ke sudah polis tak dapat tangkap. Alasan common, takde bukti kukuh, masih dalam pencarian etc etc. Padahal kekadang tu ada je sebab dorang kena selesaikan kes orang orang besar dulu. Yang masyarakat biasa tak dipandang. Huh!

Suami si perempuan tu pekerja dia dekat ladang. Nampak tak? Bini dia lagi kaya, siap bos laki dia lagi. Tapi lepak bahagia je dorang. Ye la sekarang kan laki tak boleh sikit kalau isteri lagi kaya. Ada yang memang ego, ada yang takut orang cakap apa. Kalau bini lagi kaya, bukan kau jatuhkan dia, kau yang kena berusaha jadi lagi kaya. Kalau pemalas, biar je la. Cakapcakap orang pun tak payah pedulikan. Ni tak, pemalas tapi taknak bini lagi kaya. Memang aku sula je lelaki tak guna macam tu. K maaf emo.

Alhamdulillah kalau dapat laki macam ni. Wujud lagi ke? Eh.
Buku ni buat aku terfikir, kita tak dapat tolong saudara kita dekat Syria semua sebab kita tak mampu. Kita lemah. Bukan suruh baling bom. Tapi kena majukan diri. Tunjuk kita kuat. Kuasai ekonomi. Politik. Baru lah orang gerun. Usaha. Sebab semua yang kita buat tu ibadah. Tak semestinya kerja kuat, tu duniawi.

Puas hati gila baca. Ayat paling sesuai kalau nak gambarkan buku ni dengan one statement.

"Hidup ibarat mengayuh perahu ke multaqa, bertemu air dari anaknya ke muara. Kalau molek kayuhnya, bermanfaat hingga ke tengah. Kalau tak imbang haluannya, takut terhumban mudarat ke bawah." - Tunggu Teduh Dulu.