Sabtu, 31 Mac 2012

To Pasumians.

Assalamualaikum. Entry ini untuk budak2 pasum yang dah nak final 2nd April nanti. Especially kazen aku, imah(sje tulis nama family. huahua)

Yeahh, kazenku.

Sebenarnya aku kena hafal skrip untuk role play. Tapi aku malas. Takde mood langsung3. Tak tau nape. Argh! Untunglah, orang final, dah nak habis asasi. Aku baru nak buat asignment. Jeles much!

Kepada budak2 palam, especially Siti Syazana bt Mohd Saleh, jangan dengki pulak takde entry untk korang. Bukan taknak buat, tapi time korg asasi aku terperuk dekat uia sebab maha busy. Takde masa nak tulis entry. Lagipun internet uia sangatlah menguji kesabaran. Mohon faham. Jangan risau, aku tulis korg exam apa dekat kalendar tau! Untuk ingat kena doakan :)

Kau tengok gmbr zaman bila aku amek ni? Menunjukkan lama gila tak jumpa dia. Rindu much!

Good luck untuk korang. Semoga dapat apa yang korang nak. Study, study jugak, solat jangan lupa. Dalam semangat nak final, hubungan dengan Allah kena jaga. <--- ayat ciplak ye. Tapi betul lah kan? hewhew. Usaha sampai ke penghabisan. Agi idup agi ngelaban! 

Sebenarnya selain daripada nak wish goodluck kat korang, motip aku tulis ni sebabnya aku sedih tak dapat jaga final pasum. Baru nak buat duit lagi tapi takde rezeki pulak. Keluar duit ada lah. (kem law). Nanti korang jumpa la atendants baru. tsk. 

Oh duitkuuuuu~~

Aku doakan korang semua dapat result gempak3! Amiinn. Sayang korang. Thanks for the memories. Hihi. Oh, doakan aku punya role play berjalan lancar jugak. Korang tengah exam tu, aku berlakon2. haha. 


GOODLUCK PEEPS! :)

                                                                     

Ahad, 25 Mac 2012

I love you :)

Mesti korang tersedak kan baca tajuk tu? Tak? Okay then. Assalamualaikum.

Ni bukan blog geli-geli, cintan-cintan apatah lagi blog jiwang. Jadi sila lupakan niat anda untuk melihat penulisan berunsurkan kisah cinta ye. (peh ayat aku).

So amende yang love? Sape you? You tu korang la. HAHA. Sesungguhnya aku dah melalui minggu yang teramat busy disebabkan SMAC. SMAC tu Sports and Martial Arts Club. Menatang tu macam sukan dekat sekolah. Aku masuk futsal. Dan aku jadi captain. Tahpape je.

MeLex! <3 :)
Oranges! :)
 Dengan ini saya sangat mengakui bahawasenya saya merupakan captain yang gagal. Kenapa? Sebab aku tak dapat nak control team aku dengan baik. Buat keputusan pun tahpape. Tapi bab keputusan tu sebab aku tak dapat guide yang clear. Rasa mcm nak bunuh je sorang2 yang mula2 cakap lain, lepastu cakap lain. Menyusahkan aku je. Tak pasal2 aku banyak kerja. Heeee.

Time ni, aku banyak belajar banyak perkara. Oleh sebab aku jenis tak suka org arah2, so aku pun tak suka nak arah orang. Tapi dalam situasi aku as a captain, aku kenalah ada arah2 mereka. Aku kena jugak tunjukkan kekuasaan aku. Bukan gila kuasa. Cuma untuk kesenangan bersama. Tapi tu lah, aku fikir sangat orang tak suka, last2 end up teruk. Sorry guys. It's all my fault :'(

Penat woiiii
 And aku sedar which one KAWAN and which one SAHABAT. orang mcm mana yang aku boleh rapat. Yang aku dapat buat tempat aku bercerita semua benda. Bukan semata-mata nak gelak je bersama. Bila jumpa macam2 pesen manusia, aku rasa macam aku tak cukup mengembara (puiih) lagi.

Yeahhh! :)
 Aku rasa dulu time sekolah, semua orang macam dapat biasa apa aku fikir. Tak tau la kalau sebab kitorang dah lama kenal. Tapi mereka, tak macam kawan2 dulu. Mereka orang yang lain. Mereka orang yang tak punya satu jiwa dengan aku. So, aku kena belajar, macam mana nak paham mereka, tapi dapat control mereka dalam masa yang sekejap.

Dan setiap benda yang kita buat, kita kena sayang benda tu. I mean, kita kena ada rasa suka untuk buat benda tu. Tak boleh ada spoiler. Kalau ada kena pandai nak handle. Dan pastikan dia tak hilangkan rasa suka kita. Sesungguhnya time match futsal tu aku tension dengan sorang minah ni. Dia sebok risau benda yang tak penting. Rasa nak bunuh je. *cipak pun setuju.

Cipak the photographer @ futsal court,uia.
Whatever happens, there's always hikmah beside that. Sama ada cepat atau lambat, mesti ada hikmah. Bear that in mind. So takdelah kita akan merungut2 bila tak dapat apa yang kita nak. Last2, Alhamdulillah sebab jadi macam ni, bukan macam yang kita nak. Contoh kalah futsal. Mesti ada hikmah. Mesti. macam dapat tengok rugby ke. haha.

Cipak is the photographer jugak.
So siapa yang aku love? Kawan2 sekolah menengah aku,sambest. Sumpah rindu gila kat korang. High school moment is the best. Hargai la kenangan tu. Sebab kita takkan dapat undur masa tu.

Jadi, mari tumpukan dekat assignment pulak. Sukan dah habis. Even kalah. Satu kaki dari atas sampai bawah sakit. Jari pun sakit. Dah la dah gelaaappppp. Isk. Haha.

Tatau apeesal cipak amek gambar ni. Dan tatau nape aku uplod. kbye.
 p/s : Thanks everybody for the memories, experiences and something to learn. Thanks to the driver too. :P

                                                                       

Jumaat, 9 Mac 2012

Banyak yang nak dibetulkan.

Syria tengah berjuang. Menuju Allah. Mati syahid.

Tapi dekat Malaysia?

Click sini ye :)






Tak habis-habis dengan masalah sosial. Nak salahkan siapa? Diri sendiri? Persekitaran yang buat macam tu. Mak bapak? Mak bapak tu dapat 'mind' tu dari persekitaran. So jom betulkan persekitaran kita yang banyak sangat tak betulnya. Ramai sangat orang yang kurang ilmu berkata-kata. Yang beilmu tak dikasi can. Kadang-kadang, cara dakwah pun salah. Mana orang nak ikut. Ye dak? 

Mari mulakan dengan sistem pendidikan. Kurang moral value. Kurang berfikir. Exam semata. Tak membentuk orang. 


Biarkan ku pergi juaannngg~

                                                                 

Malamku di UIA #2 - The ...

Assalamualaikum. Fes of all nak cakap yang aku lupa tajuk talk ni. So hentam je la korang nak tajuk apa okay.

Dah lama dah aku peram benda ni. 2/2/12 hari tu. Aku siap lupa siapa yang kasi jugak. Sadis kan? Sian beliau. Tapi takpela takmo pepanjang. Nak kasi point dia je.
1. Ikhlas. Muhasabah balik apesal kita masuk uni, nak belajar kan? Dunia akhirat. Bukan nak cari laki/bini. Take note. hewhew. 
Kahwin? Lama lagi.
 2. Grab the opportunities. Jangan lepaskan peluang. Yakin dengan diri sendiri.
3. Duit bukan ukuran kemuliaan. Kaya cane pun, tak dipandang penduduk langit buat hape.
 4. Mujahadah lawan nafsu. Orang tu akan berjaya di sisi Allah dan Rasul.
5. Pilih kawan yang baik untuk jadi orang yang hebat.
 They're awesome!
6. Nak cari pasangan , cari yang soleh. Bukan ada rupa semata. Tapi agama.
7. Jangan suka bertangguh. Ingat 5 sebelum 5. (ouch!)
pinjam dari sini.
 8. Gariskan matlamat yang jelas. Apa kita nak? Siapa kita di masa akan datang?
9. Letak target yang hebat. Kamu akan lihat diri kamu berusaha towards that.
10. Tengok sejarah orang2 hebat terdahulu. Banyak hadis nabi yang cerita pasal future. Macam hadis untuk sultan Muhammad Al-Fateh tu.
11. Bear in mind, duit hanyalah satu mekanisme untuk dapat goal dunia akhirat.
K tu je. Semoga harini lebih baik dari semalam dan esok better than harini. Salam~