Jumaat, 23 Disember 2011

Review Buku: Hafalan Shalat Delisa - Tere Liye

Assalamualaikum :)

Aku sekarang tengah mood novel. Walaupun baru je tengok movie beberapa hari yang lepas. Seriously tengah bosan tunggu bila nak habis cuti. Tak payah nak cakap aku tak bersyukur sebab dapat cuti lama. Cuba rasa sendiri la weh. Siap join lecture orang lain lagi. Nak tunjuk betapa bosannya aku tak buat apa apa.

So instead of doing nothing menghabiskan masa dengan sia-sia, I've borrowed a novel tittle The Firm from a friend. And the novel is awesome. Serius seronok kalau boleh fluent cakap enam ke tujuh bahasa! Wow. But I don't want to share the novel, I want to talk about this novel - Hafalan Solat Delisa from Tere Liye. An indonesian bok. Klik sini untuk download dan baca.


Sinopsis cerita ni ( yang bakal dijadikan filem ) ialah kisah tentang seronok budak, Alisa Delisa yang kehilangan ahli keluarganya kecuali ayahnya dalam tragedi tsunami Aceh 2004. Serius buku ni sedih gila weh. Aku tak tidur sebab nak baca. Memang semangat habis lah. Cewah. Makes me cry. Buku ni sangat menginsafkan at the same time. Kau tak rasa macam apa yang dia rasa. Kau masih punya nikmat yang banyak, lebih daripada dia. Tapi kenapa dia yang lebih bersyukur? Kebaikan hati dia lebih daripada kau.
"Surely We give life to the dead, and We write down what they have sent before and their footprints, and WE HAVE RECORDED EVERYTHING IN A CLEAR WRITING." ( Ya sin : 12) 
And ditujukan untuk diri sendiri jugak. Aku, masa tu, hampir terjebak dengan tragedi ni. (sesuai ke guna terjebak?). Tapi Alhamdulillah Allah selamatkan kami. Mungkin Batu Feringgi (tak reti eja) , Penang tak seteruk Banda Aceh tapi tetap salah satu daripada tempat tragedi. Masa tu pesta penang. Yes, kami pergi. Lepastu nak pergi Batu Feringgi tu tapi ya Allah, ramai gila orang! Memang sesak gila. Sampai takde tempat nak lepak pun. Dan air laut masa tu sangat cantik. Aku ingat lagi. Warna dia menarik. Ombak, angin semua macam, wow. Tak pernah macam tu.

Tapi sebab family aku jenis yang tak suka sesak-sesak, lepastu kitorang dah pernah pergi situ, so kitorang tukar plan. Kitorang pergi Bukit Merah. And yes we enjoyed our day there. Esoknya bukak tv terkejut tengok berita pasal tsunami tu. Masa atas jambatan tu aku nampak jugak ombak tapi tak macam ganas. Lawa. Serius. Kitorang macam frooze. Masya-Allah. Alhamdulillah. Subhanallah. Kitorang terselamat. Tak dapat nak bayangkan perasaan tu. Isk.


Berbalik kepada novel tadi, aku sangat harap korang baca. Kalau ada yang sudi nak translate melayu okay juga. Senang sikit nak faham maklumlah aku ni bukan suka sangat tengok cerita indon. So ada banyak part yang kena baca banyak kali baru dapat tangkap maksud dia. But it still touched my heart. Lagi best kalau buat macam cadangan kawan aku - farouk, translate melayu then jadikan komsas. Okay apa. Cerita ni lagi bagus daripada love stories yang merapu. Harap filem dia sampai Malaysia nanti.

Budak ni, cuma nak uji dia hafal bacaan solat ke tak. Tapi khusyuk dia, sampai sanggup teruskan solat even kaca terjatuh kena tangan dia dan berdarah. Kita? Huwaaa nangis aku ingat solat aku yang tak sempurna. Dah kena lambung ombak tetap nak teruskan, nak sujud kepada Yang Maha Esa. Kita? Huwaaaa sujud fikiran menerawang.Tak sempat sujud sebab pengsan, tersedar daripada pengsan, teringat yang dia belum sempat sujud, jadi nak tunduk patuh habiskan rukun solat tu. Kita? Huwaaaa kadang-kadang bangun tidur pun lupa baca doa. Isk.


Sedikit daripada novel - "Maha Suci Engkau ya Allah, yang selalu menepati janji. Cukuplah dengan percaya satu janjiMu, maka kehidupan di dunia ini akan terasa jauh lebih indah. Yakinlah!"

Dan apabila Allah kata jadi, maka jadilah. Kun fayakun. Doakan aku. Menjadi lebih baik daripada sekarang. Al-Fatihah kepada semua mangsa tsunami 2004. 

                                                                   

2 ulasan:

Rossales berkata...

must watch movie too. seriustacing.

Xiǎo Xìngyùn 小幸運 berkata...

Aku lagi tacing baca buku nana