Jumaat, 20 Julai 2012

Ceramah 1Malaysia

Assalamualaikum. Jawab jangan tak jawab.

Yeah, mari terus masuk topik. Haritu aku pergi ceramah 1Malaysia. Kenapa tiba-tiba syaiton berjaya merasuk aku pergi? (okay, ni hiperbola). Sebab dia cakap kalau sape pergi menatang ni, tak payah pergi BTN dah. Aku dah la belum pergi BTN. Kalau dekat Gombak, mau kena seminggu woii. Tak nak tak nak.

Tajuk ceramah ni mentaati pemimpin. Dah la penat gila sebab petang tu ada latihan roleplay. Masuk-masuk memang mengantuk la. Kalau dapat tidur sedap gila. Tapi selamat dia pandai. Mula - mula suruh nyanyi asmaul husna. Pehh bebudak ni mangat cam hape. Lepastu nyanyi lagu CFS. Lagiiiii laaaa mangaaaatt. Dah lama tak nyanyi kan. Lagu sedap pulak tu.

Lepastu penceramah dia - Dua-Orang-Yang-Tidak-Boleh-Disebutkan-Namanya , mari kita panggil X dan Y - punya hujah memang berat sebelah. I mean, apa yang dia cakap tu ada betulnya. Ye lah, kan bagus kalau takde demo demo bagai, menyusahkan orang kan? Dia suruh tegur pemimpin elok-elok tapi dia tak bagi apa alternatif untuk tegur tu. Mana kami nak terima bro. Lepastu dia cakap tugas ulama' dalam kerajaan untuk tegur, kalau ulama' tu tak buat kerja, kita tak berdosa. So, they expected us to ignore anything happens in our own country? Hell no!

Yang si X punyalah semangat cakap kita tak patut kutuk pemimpin, dalam facebook etc, ye setuju lah sebab aku pun tak suka baca kutuk2 ni, tapi tiba-tiba dia jawab (ada sesi soalan tapi dia bagi 3 je) untuk soalan nak pilih pemimpin yang macam mana dia jawab macam ni "Lagi bagus kalau kita pilih yang mampu buat kerja, daripada yang asyik sakit je, masuk hospital je." This is so rude, big bro. Bukan kelantanese je yang marah, satu dewan marah! ( I hope you understand what that's it mean.)

Lepastu satu lagi jawapan yang buat orang rasa nak sepak - ada seorang pelajar ni tanya, apa hukum menegakkan Islam yang menyebabkan kita tak mentaati pemimpin untuk itu. Dia just cakap, kenapa nak kena tak taat pemimpin untuk tegakkan agama? Pfftt. Apa ke lawak sangat kau ni? Kalau pemimpin tu taknak undang-undang Islam, takkan nak ikut? Dia siap tanya - awak semua yakin ke kita boleh implement hudud? Muslim pun ada yang tak paham, inikan pulak non-Muslim. Now I'd like to ask, who's in the earth yang kena fahamkan mereka tu? Ni media massa semua merepek. Macam mana dorang nak faham? Budus.

Soalan lagi satu lagi jawapan dia lagi lawak. Pelajar tu tanya, pemimpin zalim kena taat jugak. Terang-terang ada ISA yang menafikan the right to get a fair trial kan. So dia bagi satu cerita, masa zaman saidina Umar, ada seorang lelaki ni hensem sangat. Asal perempuan pandang je cair. Suami suami pun jadi takut. Deme mengadu dekat saidina Umar dan dipendekkan cerita lelaki tu dibuang daerah sebab nak elakkan kemaslahatan yang lebih besar. So dia cakap tu la tujuan ISA tu, prevent from something worse.

Tapi abang X, untuk pengetahuan anda, dalam nak mengikut ratio decidendi (reason of decision), dia ada 4 benda yang jadikan benda tu tak binding. Means tak payah ikut. Salah satunya ialah distinguishing. Maksudnya, the binding will distinguish if there's different material facts. Dalam case lelaki tu, terang terang nampak dia hensem, perempuan semua pandang. Tapi kalau tujuan nak menjual negara etc nampak ke? Benda tu dalam hati kan? Kena ada bukti semua kan? Jadi selayaknya lah dibicarakan.

Lepastu merujuk kepada cerita abang X, si lelaki tu hidup seorang. Jadi takkan menyusahkan orang lain selain diri dia sendiri. Tapi inche A kan ada keluarga. Dia ketua keluarga pulak tu. Awak, pemimpin, awak nak bayar ke segala kos tanggungan anak beranak dia, keluarga dia? Awak mampu ke bagi kasih sayang sebijik macam bapak dia bagi? MAMPU?! So please, jangan nak menang sangat. Hujah rapuh macam tu still nak tegakkan diri lagi. huh.

Yang lawaknya, muka pakcik X tu berubah gila bila semua soalan terang terang oppose kerajaan. Kah kah. Cover la sikit pakcik oi. Wifi dekat dewan tu laju gila. Seronok kitorang tweet tau tak. Lepastu ada lagi satu ayat dia yang memang aku tak setuju langsung. Dia kata buku lagi boleh dipercayai daripada ustaz. Tak tau lah dia perli ke apa sebab dia ambil quote tu daripada Yusof al-Qardhawi. Tapi agak-agak lah. Buku pun ditulis oleh ustaz, dan buku, boleh jadi salah interpretation. Dan tak salah nak debat dengan ustaz. Lagi bagus. Takdelah terima bulat bulat apa dia tulis dalam buku.

Aku bukan opposition side, tapi bila dengar hujah-hujah daripada kerajaan ni tak meyakinkan langsung. Kami tak peduli dengan hak Melayu anda, I mean, takdelah tak peduli tapi bukan itu yang priority untuk diperjuankan. Agama first beb. At the same time, aku tak setuju jugak dengan demo demo korang tu. Apa yang korang dapat? Luahkan perasaan? Lepastu? Tapi ada jugak orang cakap, negara demokrasi memang akan ada demonstrasi. Ah lantak lah.

Lagi satu, encik X yang berbaju Melayu dan berkopiah, hujahnya lagi meragukan, quote Hadith tapi serupa berat sebelah daripada encik Y yang berkemeja tanpa apa-apa di atas kepala. Mohon jangan jual pakaian agama anda untuk menarik orang. Kami tak bodoh. Kami tak tengok awak pakai apa, tapi apa yang awak cakap. Jangan pandang sebelah mata dekat mahasiswa mahasiwi okay!

Ha tu je lah aku nak merepek. Kalau ada sesiapa tak puas hati dengan aku bolehlah kita debat. Aku tak power pun tapi nak jugak dengar kenapa korang tak puas hati. Tak nak dengar jawapan "ada hadis nabi cakap kalau pemimpin zalim sekalipun kita kena taat." Hadis tu ada khilaf. Dan juga, dari mana pulak datang pepatah 'raja adil dipatuh, raja zalim disanggah' tu? Melayu kita jugak kan? Dah tu apesal korang jadi burung belatuk? Sekian, salam.

3 ulasan:

Unknown berkata...

kan...? aku yg xde dlam dewn tu pon nmpk betapa rpahnye hujah nye. mg dehek. hudud tu hkum islam. bukan hukum rekaan manusia semate2. soalan pon bg 3 je sbb tkot xmmpu nk jwb. buduss jee. dyorg nih mg myimpang hape..? ye ar.kalau smbhyg jemaah pon saf tak rapat ape bnde..?jemaah ke tu --" pfftt. btw. YUSOF QHADRAWI ! hahaha. bukan yusod~~ hehehe

noorami berkata...

Hahah.apasal xde org rakam ke apa ke.bolehla aku gelak sikit.baca pun dah rasa lawak dah pakcik x ni.

Xiǎo Xìngyùn 小幸運 berkata...

timah, aku okay je nak dgr kalau dorg punya hujah bagus. apa salahnya terima kan? masalahnya cam belit2.

noorami, tak terasa nak rakam pulak. yela time tu mengantuk kan. hehe.