Dia seorang pembuat kuih. Bukan sebarang kuih, tapi kuih raya. Eceli yang lagi tepat biskut raya. Pabila tiba musim raya, tak kisah la raya haji ke raya aidilfitri ke raya cina ke mahupun tahun baru atau sambutan kemerdekaan #Janji Ditepati , biskut nya laris bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Setiap yang merasa pasti memuji. Kemudian menyebarkan. Arakian semakin berganjak masa, kuih/biskut nya semakin disebut orang. Kalau disebut je mana best kan so mestilah dibeli sekali. Makin ramai yang tempah. Makin ramai yang ter'addict' dengan kesedapan biskut tersebut. Ada tau orang addict makanan.
Rahsianya cuma satu. Dia buat, bukan untuk keuntungan semata. Untung amende duit dan yang sekait dengannya semua belakang cerita. Yng penting, siapa yang makan, terasa kebahagiaan. Pujian tidak penting. Yang penting kepuasan. Ya, kepuasan si pembeli.
Disebabkan dia buat demi orang lain, orang lain terasa kesedapan yang diisi kasih sayang. Cewah. Selain kemahiran yang memang tak dapat disangkal menyebabkan kuih tu jadi sedap, seperkara lagi, perasaan. Kalau orang yang kejar untung, komfem dia pakai barang murah, buat cincai boncai je. Tu yang jadi tak sedap.
Itulah yang menjadikan kuih dia, atau biskut laris dan perniagaam terus maju. Duit bukan segalanya bro. Kalau orang suka, kau pun rasa puas. Tu yang lebih afdal. Malangnya ramai yang tak sedar hakikat ni. Semberono je tak peduli orang lain asal diri sendiri dapat apa yang dihajati.
Eh betul ke penggunaan kata semberono tu? Wujud ke?
Jadi pesanan ikhlas daripada diri saya kepada sesiapa yang bukak kedai makan atau berniaga dekat pasar malam tu, kalau rasa kau masak tak sedap, better tutup je la. Kalau nak bukak jugak, masak sedap sedap. Dua pilihan tu je. Supaya takde lah kami yang makan dan awak yang buka kedai bertambah dosa.
Jangan salahkan kami kalau orang kondem kedai kau. Jangan nak sihir kedai orang lain kalau dia ada lagi ramai pelanggan daripada kau. Cermin diri dulu. Tingkatkan prestasi, bersaing secara sihat kay.
P/s : Teksi kaler hijau no plat HWB 6869 berlegar sekitar Petaling Jaya. JANGAN naik kalau taknak bad mood. Driver ni tetibe marah marah. Emo lebih. Sebarkan. And for you driver, don't mess up with lawyers-to-be!



2 ulasan:
Super true.bazar ramadan dulu kdg2 xikhlas jual
kan33? tension je
Catat Ulasan