Khamis, 22 Ogos 2013

Natur.


Hello Assalamualaikum.

Lama dah tak mencoret menconteng. Yela, nak menaip ni kena ada mood. Kalau tak memang dok merenung skrin je la manjang tapi satu hape pun tak terkeluar.

Mendaki. Tengok laut. Pelangi. Benda-benda yang aku suka buat. Senang cerita aku suka travel. Aku suka buat benda-benda yang advanture. Yela, duduk hutan konkrit kan. Bosan tahu asal lepak je mall asal lepak je kedai makan. Padahal kl ni ada je nature asset, cuma kena pandai (dan rajin) gali. Kalau malas, memang tak dapek la.

Sabah, January 2013.
"And the earth - We spread it out and cast therein firmly set mountains and made grow therein (something) of every beautiful kind, Giving insight and a reminder for every servant who turns (to Allah)." - 50 : 7-8.

Selain menyihatkan badan, benda ni juga jadikan kita lebih concern pasal orang lain (kalau kita jenis tak concern la). Contohnya, kalau kita tengah mendaki, then kita jumpa orang lain dan dia sakit, takkan la kita nak biar dia mati je atas bukit tu. Mesti la kita tolong kan walaupun kita tak kenal dia dan tak pernah setitik pun cakap dengan dia. Aku tak tahu la kalau ada yang jenis tak tolong.


Andai kata dekat luar, di tengah kesibukan kota (cewah), ada orang minta tolong. Kita dah nampak dah dia macam sakit. Tapi mesti suspicious gila. Eh orang ni pehal, aku tak kenal kot. Nak tolong kang kalau dia buat-buat sakit tak ke naya. Bla bla bla and the imagination go wild. Orang minta derma pun boleh terfikir dia nak menipu kan ?

Yela, kalau orang atas bukit tu minta tolong, katakanlah dia buat2 sakit, dia nak buat apa pun ? Culik ? Takde kerja pula dia nak bawa kita turun bukit kan. Lagipun, mesti pergi se-team. Takdenya orang panjat sengsorang especially perempuan.

Sarawak, May 2012.
Lagi satu, benda-benda macam ni mendekatkan diri kepada Allah sama ada secara langsung ataupun tak langsung.

"Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, maka-peliharalah kami dari siksa neraka." - Ali-Imran 3:190-191

Orang yang macam under usrah ke contohnya memang mentadabbur alam la kan kalau travel. Tak pun, dia pergi bukan under usrah, tapi memang niat nak melihat kebesaran ciptaan Allah. Memang akan rasa wow subhanallah. Takkan terjangka la dia punya wow tu walaupun sebelu tu kita dah google image.


Paya Indah Wetland, Banting, November 2011.
Tapi kalau jenis main terjah ? Dia wow wow juga. Haruslah kan lawa kot. Tapi dia ada tambah yang secara tak langsung. Contoh, haritu aku pergi daki bukit saga. Korang google la aku malas nak letak link. Dia punya view on the top tak umph sangat tapi ada waterfall lawa bak hang ! Kitorang tengah daki, tetiba ada orang lain yang daki juga lepastu diorang decide nak jalan sekali la kononnya.

 Ada sorang tu, dah pernah daki kinabalu. Dia cerita la experience dia sikt-sikit. Lepastu kitorang macam penat kan, dia bagitahu la tu semua mindset je. Kalau mindset kita kata jalan susah, memang susah la. Mindset kena betul. Leastu kalau dah penat, selawat dan zikir banyak-banyak. Ada satu time tu memang tak larat sangat tapi kena teruskan juga. Memang sepanjang jalan dok berzikir dan selawat.

Bukit Tabur, Melawati, March 2013.
Seee ??? Nampak tak ? Tak nampak lagi ? Okaylah aku terangkan. Standard la manusia mudah lupa. Time tak larat, sakit baru nak ingat Allah. Kalau korang duduk depan pc, ada korang berselawat ? Kalau ada pun time tengah nasyid, itupun kalau pasang nasyid (makandalam), mana ada all the time kan ? Ini sepanjang jalan beb, sepanjang jalan. Alhamdulillah.

Jadi saya menyeru engkorang semua, daripada engkorang lepak pavi, baik lah engkorang pergi tengok alam semesta ni ha. Boleh kembangkan otak tahu ? Jangan nak bagi alasan duduk kl. Korang pepandai la search segala jenis kehijauan dan kebiruan alam dekat kl ni.


Sekian, pesanan khidmat masyarakat.

Bukit Saga, Ampang, August 2013. :)



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

(Y)