Assalamualaikum.
Sebagai sentapan hati.
Hunain Battleship by The Muslim Heroes. Talk ni in English tapi saja translate mana mahu.
1) In this war, the Muslims outnumbered the Kufr. So satu saat rasa hebat la. Tapi Allah nak tunjuk, kita ni dalam semua benda pun, tak kisah la kita ni hebat cemana sekalipun (atau rasa hebat), kena juga rely on Him. Satu saat tu, Muslims lari dari medan perang sebelum kembali dan menang.
Seluruh darah yang mengalir dalam salur darah, setiap nafas yang kita sedut masuk dalam saluran pernafasan tu, semua because of His Mercy. Kalau sesaat kita rasa boleh hidup tanpa Dia pun boleh mati. Kau nak bagi jantung kau berdegup sendiri ? Jangan harap.
Tapi dalam masa yang sama, bukanlah diajar supaya kita bergantung tanpa usaha. In Hunain, he's the Prophet. Tapi dia tak just sit back and gives commands. Dia dok depan sekali, bagi kata2 semangat. A good leader shows, not talks. Andai dia cuma mampu berkata tanpa jadi qudwah, mungkin yang lelari tu takkan patah balik.
![]() |
| Gambar google image word 'leader'. |
Dalam perang ni juga, sebab muslim ramai kan, takde la kisah step sangat. Sekali kena dulu. Itu salah satu kesilapan. Tapi silap ni pun Allah atur supaya kita learn from it. Kalau tak buat salah, cemana nak belajar. We learn from mistakes. Bak kata omputeh, to err is human.
Padahal semua cerita dah ada dalam Quran dan Sirah tinggal kita nak baca tak baca, nak belajar tak belajar je. Eh. *sentaaaaaaaappp*
Do your best, and then rely on Allah with complete certainty.
Kenapa zaman sekarang kita kalah ? Sebab jangan kata usaha, relying on Allah pun tak ada. Bongkak sangat macam dunia kita punya. Padahal, cukupkah Islam kita. Saat Islam menang nanti, are we part of it ? Fikir bro. Gerak sekarang.
2) Lepas dah menang, Rasulullah bahagi kan harta rampasan. Tapi yang baru masuk Islam dapat banyak portion, yang Ansar yang tolong nabi macam2 dan dah lama jadi Muslim tak dapat apa. So dorang terasa.
Tapi sebenarnya mata kasar yang nampak macam tak dapat apa2. Tapi nabi kata, mana lagi bagus (ini ada arab dia tak ingat sorry), mereka jalan balik dengan harta atau kamu yang jalan balik dengan aku ? Kalau suruh pilih - awak pilih properties or love of the Rasul ?
Semua menangis. Terasa dan gembira. Dunya mengaburi iman. Kita ni, berapa banyak kali kita tangguh agama ie tangguh solat sebab sibuk dengan dunya ?
Murah sangat ke agama kita sampai kita sanggup compromise dengan urusan dunia ?T_______________________________T
3) Lepas dah menang, nabi maafkan semua kufr. Punyalah diorang pernah baling batu sampai berdarah kaki nabi, tapi nabi still maafkan. Be willing to forgive and forget. It's sunnah. Life is too short to carry revenge in your heart.
He prayed for them. Nabi tak cursed or prayed against them. Kalau dia dah doakan supaya lenyapkan segala orang Thaif, agak2 Islam berkembang macam sekarang tak ? Adakah dengan doa begitu, umat makin ramai ?
" O Allah, please guide them."
Allah, mulianya. Sobs.
Kita sibuk nak jihad dengan perang tapi kita tak rasa apa sebenarnya. Kalau kita dekat tempat diorang, confirm ke kita akan berdiri teguh tak lari ? Kita tak rasa. So be realistic. Kalau jihad nafsu, jihad kuatkan diri sendiri pun tak lepas, fikir, layak ke kita nak pergi perang. Cukup sediakah kita ?
Kalau kita datang semangat2 untuk attack diorang, apa yang membezakan kita dengan diorang ? Padahal priorities itu pada menegakkan kebenaran. Itu pun satu jihad. Tegur top people. Itu lebih di-welcoming daripada kau datang tawar diri untuk sama2 perang. Sirah tunjuk, yang atas masuk Islam, bawah terus ikut. Jadi approach top people ni lagi berkesan eceli.
Cuma, mana tahap berani kita yang sibuk kata nak sangat pergi perang tu ? Ouch.
Kita tentukan nak guna cara harsh ke cara lembut. Kenapa saat kita boleh doakan mereka dapat hidayah, kita doakan mereka hancur ? Macam al-sisi la jews bagai semua tu. Masa zaman Rasulullah pun mereka bunuh Muslims. Tapi apa nabi doa. Apa kita doa ?
Aku selalu terfikir, kenapa kita doa supaya orang jahat mati ? Kenapa kita doa supaya zionis dapat azab ? Kenapa kita doa supaya rejim al-sisi semua kena bala ? Baik ke doa macamtu. Kenapa doa kita tak supaya mereka dapat hidayah ? Tak yakin kah kita sekejam mana pun orang tu kalau Allah kata kun fayakun, dia jadi baik ? Tegarkah kita kata, diorang semua confirm la takboleh jadi baik dah perangai laknatullah gitu. Siapa Tuhan sebenarnya ni ?
Islam kan agama kasih sayang. Islam kan agama kasih sayang. Islam kan agama kasih sayang.
4) Dalam hidup ni, kena selalu bersyukur. Macam mana ?
Doa tiap hari - "O Allah, do not ever make me rely on myself even in the blink of the eyes." Amin.
Fikir, segala yang kita dapat ni, yang free ni, semua kasih sayang Allah. Dia Ghafir az-Zanbi (al-Ghafir : 2). Pengampun dosa. Kalau Dia tak ampunkan dosa kita yang bergelen ni, apa kita jadi ? Tak tentu arah hidup. Baik takpayah hidup la. Apa lagi kita nak ?
Doakan ummat kita. Doa untuk semua. Hidup bukan kita seorang.
Dan, doakan untuk saya.
Sekian.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan