Khamis, 10 Julai 2014

Palestine, tomorrow you'll be free !



Tajuk tu macam tak berkaitan sangat. Sebab this is not one of the seruan to cakna for Palestine atau apa-apa amalan baik yang nak diseru. Cuma nak cerita apa aku rasa. Mungkin kau boleh setuju, dan mungkin boleh tak setuju.



Tapi tajuk itu doa. Amin.





First of all, orang serang kau sebab kau start dulu wahai Israel sekalian. This is from the info that I read. The truth, wallahualam. Dan sebab kau start, mesti la orang back up negara sendiri. Jadah apa nak biar negara sendiri diserang. And for your information, that is their country, not your country gedemit !



Ye, mungkin ada juga nak membalas dendam kepada tiga orang askar anda yang dijumpai mati selepas hilang selama 18 hari. Ye, semua orang pun akan back up member masing masing. Tapi dengan cara menculik dan membunuh BUDAK ? 



Kau pengecut sangat ke ?



Lepastu putar belit semua benda. Kalau nak perang, buat cara perang. Serang orang awam tu jadah apa ?





Dan dalam membincangkan isu palestine, kita kat sini pun ada ujian kita sendiri. Ujian kita mungkin tak datang dalam bentuk perang, tapi kalau diorang kat sana berusaha menangani dengan janjian syurga, apalah sangat ujian kita kat sini yang sekadar nak melepaskan diri dari dosa tu ye dak ?



Taraf cikai, tapi percayalah - ramai yang tak dapat buat. Contohnya, boikot Mcd. Berapa ramai je daripada kita yang betul-betul boikot McD tanpa bermusim ? Berapa ramai pula yang beri alasan 'burger Mcd je sedap burger lain tak sedap' kalah rohingya kebuluran padahal banyak je makanan. Bazar Ramadhan tu setiap 2km kalau boleh nak ada.



Nak banyak lah ujian lain. Ujian hedonisme. Ujian comfort-zone. Ujian tak peduli orang lain. Ujian hati. Ye, berapa ramai kita kat sini yang cakna dengan non-Muslim kita. Cakna bererti bukanlah melabel dan menuduh mereka, apatah lagi cakna dengan segala konspirasi mereka. Tapi cakna kah kita berapa ramai yang betul betul tahu pasal Islam ?



Dan berapa ramai yang kita dah Islamkan ? *nangis air mata darah*





Semua tu pun ujian. Dah lepas kah kita sebagaimana mereka mendepani askar-askar Zionis ? Kalau belum, toksah bising bagai awak sorang je yang peduli pasal Palestine. Toksah bising nak pergi sana membantu. Kita belum layak. Kalau betul peduli, bantulah dengan memperkuat Islam dekat sini. Bantulah. Tolong.



Tapi kita di sini, kemain lagi post 'kalau boleh nak bunuh semua orang yahudi' atau 'aku rasa nak je bomb biar anak diorang rasa'. Awak, tak rasa ke itu benda yang sama ? Kalau kita rasa perbuatan tu okay, kenapa kita nak marah diorang rasa benda tu okay ?



Orang buta je yang rasa benda tu okay. Yeah we feel horrible and angry, and maybe their kids are well-trained to become soldiers, tapi mereka orang awam juga. Why threaten and encourage retaliation of the same to the children and women of Israel ?





Just because they did it to us, tak semestinya kita kena balas balik kan ? They are blind, may Allah help our brothers and sisters in Palestine. May Allah protect their children from zionisme and their future children. Tapi kita janganlah buta juga. Buta dengan kasih sayang padahal sebut hari2 ar-Rahman dan ar-Rahim.



Kita bukan mereka. Dan kita tak akan jadi seperti mereka. Kita akan jadi lebih baik dari mereka.



Kita tunjuk mereka qudwah hasanah. Kita tunjuk dunia kita bukan terrorist. Kalau dunia tak mahu buka mata, biarlah Allah hakimi segalanya.



Revenge is always not okay. It spreads hatred and stops loves. *pesanan untuk diri sendiri juga*



Tiada ulasan: