Khamis, 13 Ogos 2015

Melawan Kapitalis!


Assalamualaikum



Dah lama tak menulis. Bila ditanya mengapa, aku terjawab "Tak ada isu menarik untuk dikupas. Semua isu memenatkan." And it hits me hard. Allah terus hantar peringatan, zuppp otak bayang muka Ammar dengan ayat 'dunia ini untuk berjuang dan untuk penat. Kita rehatlah bila mati nanti di Syurga.'

Belanja gambar Ammar yang diambil curi-curi. Semoga beliau redha :3

Terima kasih, kawan. Pergi pun meninggalkan kesan. Maafkan aku, kawan. Leka alpamu dek dunia yang tak menjanjikan apa-apa. Ampunkan aku, Tuhan. Banyak dosaku, masih kau limpahi aku dengan nikmatMU. T___T


Kalau hidup penat berjuang, untuk apa hidup ?


Topik kita hari ini ialah kapitalis. Apa itu kapitalisme ?

Sebabkan takut susah nak faham, dan sasaran penulisan adalah untuk semua, kita bagi definition google 'capitalism simple definition'.

"An economic and political system characterized by a free market for goods and services and private control of production and consumption"





"An economic system in which all or most of the means of production and distribution, as land, factories, communications, and transportation systems, are privately owned and operated in a relatively competitive environment through the investment of capital to produce profits: it has been characterized by a tendency toward the concentration of wealth, the growth of large corporations, etc. that has led to economic inequality, which has been dealt with usually by increased government action and control"


Terjemahannya: suatu sistem ekonomi yang dimonopoli oleh orang tertentu (private body) tak kisah la dari sudut pengeluaran atau penggunaan, yang mana kekayaan tu berlegar dekat kawasan diorang je dan tak dikeluarkan daripada kelompok diorang. Maka yang kaya makin kaya, yang miskin kekal atau makin miskin.

Kalau kau tanya aku jalan penyelesaian, aku akan cadangkan supaya lawan sistem. Memang tak berkait dengan wang dan markets, maaf aku belum belajar ekonomi, dan aku tak mampu untuk bagi economic-solution. Tapi, aku yakin dan pasti, kalau berilmu, kita susah di'kapitalis'. Equip anak-anak kita, adik-beradik kita, kawan-kawan kita, diri kita sendiri dengan ilmu luar silibus. I have no idea about foreign educational system, but I think it just more or less the same.





Kita diajar untuk ikut apa mereka atur. Otak kita dibasuh untuk mengikut telunjuk mereka. Hidup kita disusun supaya selari dengan kemahuan mereka. Jadi, kita jangan ikut sistem mereka. Belajar ilmu dunia. Penuhkan diri dengan ilmu politik, ekonomi, sirah Nabi, cerita tokoh,common senses, nama pemimpin, sejarah yang selain daripada yang wujud dalam buku teks, dan lain-lain. Senang cerita, belajar je semua benda yang tak ada dalam silibus tu.


Galakkan anak untuk ambil bidang yang selain daripada bidang cliche. Medic, law, dan engineering bukan cuma itu sahaja pilihan yang ada. Jangan kisah pasal kerja, atau tanggapan orang, atau apa kerajaan mahu ie power bidang sains. Belajar bisnes dan berniaga. Galakkan mereka untuk join bidang teknikal. Biarkan mereka join arts. Sekarang, apa-apa bidang pun tak menjamin kerja. Bukan kemewahan kita kejar sekarang. Kita nak lawan!


Lepastu kalau power (tapi ini mungkin susah takut kena rompak ke apa kan), jangan simpan duit dalam bank. Pernah dengar teori duit fiat ? Kalau tak pernah, boleh tengok video di bawah. Jangan follow sistem bank. Kalau ada ejen jual rumah ke kereta ke yang tak lalu bank lagi power. Jangan biar bank rompak korang.


Jangan bayar zakat dekat pusat zakat. Senang cerita, semua benda buat independently dan tak ikut sistem. Kalau ada lagi sistem yang senang untuk tak diikut, lawan. Kita kuat, dan kita mampu berurusan antara kita tanpa mereka. Biar diorang terkontang kanting sendiri.



Selain itu, kalau ada pilihan yang lebih baik, jangan setia. Contohnya selama ni korang beli dekat kedai A barang asyik naik je harga, ada cas tersembunyi pula tu. Ada je kedai B, tak beza mana pun tapi sebab korang dah terbiasa dengan kedai A, korang nak juga setia dekat dia. JANGAN! Pergi kedai B, C, D dan seterusnya sampai diorang sedar yang kita tuan, bukan mereka. Apply kepada semua jenis rangkaian termasuk plan telefon. Eh


Kita tak perlukan kapitalis, lebih-lebih yang menyorok di sebalik bayangan sistem yang menipu dengan kata-kata manis yang menyenangkan.

Mari, jangan tunggu lagi. Segera boikot kapitalis!


Akhir sekali, menjadi tugas mahasiswa untuk memberi pendedahan sebegini kepada masyarakat. Kita bukan belajar untuk diri kita sendiri, tapi untuk berkhidmat. Untuk mengelakkan ada yang mengambil kesempatan. Untuk bagi kesedaran. Tapi maafkan saya, saya antara mahasiswa tak guna yang cuma tahu study untuk pointer. :'(


Akan berusaha untuk start dengan consumer laws, dan biar masyarakat tahu hak mereka. Doakan. :)



1 ulasan:

Unknown berkata...

alhamdulillah sis power