Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
![]() |
| Sumber: Sini |
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai putriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
- Putriku Sayang (Hijjaz)
Favourite song.
Meletakkan perempuan betul pada tempatnya, tak ada genderism, tak ada kuasa laki-laki ke atas perempuan, tak ada menempatkan perempuan rendah daripada lelaki.
![]() |
| Sumber: Sini |
Lembut, namun tegas. Mampu setanding lelaki dalam berbakti. Bukan hanya pada keluarga tetapi mampu juga kami berjasa pada negara dan agama. Bukan duduk dapur semata.
Menjadi sayap kiri pada suami yang sejati adalah anugerah. Andai suami tak sejati, punya hak dan kuasa atas diri untuk melawan yang batil dan menegakkan yang benar. Bukan sekadar menurut kerana kuasa suami. Bukan cuma mengangguk kerana menjadi isteri. Kena tahu itu. Kena faham itu.
Tiada siapa mampu merendahkan engkau. Engkau tidak duduk di bawah lelaki hanya kerana mereka berpendapat sedemikian. Tiada siapa mampu mengatakan kau tak punya maruah, tiada siapa yang mampu merampas harga diri engkau, melainkan engkau sendiri yang mengiyakan menyerahkannya. Kau berkuasa atas siapa engkau. Bukan mereka.
Kita bunga terpelihara, untuk kita. Bukan untuk mereka.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan