Assalamualaikum. Atas permintaan ramai (poyo je padahal tak ramai pun) , aku berusaha untuk mengupdate sambungan entry lepas dengan cepat dan jayanya. Engkorang kena bersyukur. Tangan kiri gua tengah sakit gegila baru lepas injection HPV (nak tau natang apa ni google la sendiri) , ditambah pula dengan selsema dan tetibe muncul batuk tapi gua tetap malas makan ubat.
Okay enuf bebel. Ha last haritu gua bagi soalan. Jadi entry kali ni marilah kita menjawab soalan nya ye. Kenapa genjatan senjata berlaku selepas 8 hari padahal senjata diorang kan gempak. Sejak bila cuak niewww?
![]() |
| Jangan pernah berhenti berdoa. Ini senjata kita. |
Dan kalau tak silap, ni kalau tak silap la, aku pun dapat info kabur-kabur. Korang pergi search sendiri. Zaman sekarang kan senang je, google tu ha ada. Semua nak aku suap payah la. Hiks. Tak silap, Barack Obama yang menjadi presiden Amerika sekali lagi setelah memenangi pilihan raya yang lalu ada tak setuju dengan komander dia or sth like that. Kira ada konflik sikit la. So dia pun buat tak layan dengan Israel ni.
Kedua, sebab senario politik Timur Tengah yang dah berbeza. Contoh paling osem ialah Mesir yang diperintah oleh Dr. Mursi daripada Ikhwanul Muslimin. Ayat dia "Mesir sekarang dah tak macam dulu. Kami takkan biarkan Gaza dizalimi." Mesir dulu, siap tutup sempadan woi. Punyalah jahat. Kali ni satu sempadan dibuka untuk semua masuk. Israel takde pilihan, sebab dia kecik je sebenarnya.
Perdana Menteri Mesir siap hantar menteri luar dia, Dr. Nabil Al-Arabi ke Gaza. Then, disebabkan Mursi yang naik dengan beraninya, Perdana Menteri Turki, Erdogan pun turut bangkit membantu. Haa power kan kalau Muslim yang berpegang dengan ajaran Islam sepenuhnya bersatu?
Jadi marilah kita bersama membina individu Muslim dalam diri. Lepastu kalau nak ke arah baitul muslim, target kita sepatutnya melahirkan generasi yang hebat dan gagah macam Sultan Al-Fateh dedulu, dan Mursi kini macam dalam entry pengerusi gua - Aiman Azahan. Mohon baca. Lu orang tekan je link tu. Bukan suka-suka je nak kahwin bro. (tak lerry kan?)
![]() |
| Ke arah melahirkan generasi Muslim Mukmin. |
Okay antara syarat genjatan senjata nya ialah - (1) Dua dua pihak kena berhenti serang. Kalau serang maksudnya genjatan senjata terlerai. (2) Target killing tak boleh. Target killing tu macam target orang orang tertentu dan zuuppp die.
Bila asyik genjatan senjata tapi diserang juga, muncullah soalan soalan standard, boleh percaya ke Israel ni? Ini bukan racist. Dah dia yang tunjukkan dia macam tu nak buat macam mana.
Damai yang dihulur, harus disambut,
Kalau mungkir, serang balas.
(sunnah)
Jadi itulah jawapannya ye. Jawapan yang mereka beri. Jawapan sebagai seorang Mukmin. Sebab qudwatul hasanah kita ialah Rasulullah (S.A.W). Perjalanan hidup kita yang mengikut sunnah, akan diberi pahala dan insyaAllah yang paling penting, dapat keredhaan Allah. :) La tahzan, innallaha ma'ana. Kita nak risau apa? Kita ada Allah. Terima je, dan berserah kepada Allah.
Seorang akh Gaza ada menyebut, hidup diorang ni macam mimpi je. Diorang dah biasa disiplin dalam hidup. Sebab kematian tu bebila je sebenarnya. Takde masa nak kisah benda duniawi ni. Semua sibuk mengejar syahid. Jadi, apakah contribution kita pula? Diorang dah ada highway ke jannah, kita dekat sini, selama 8 hari tu apa je kita dah buat? Allah. :(
![]() |
| Daulah daulah Islamiah! La syarqiyyah la ghorbiyyah! |
Sesungguhnya sepanjang 2012, 65 orang dibunuh. 65 ORANG TU IKHWAH KITA, SAUDARA KITA! Kalau kita tak rasa apa-apa, tak tau lah nak cakap apa. Instead of sedih, kita kena marah. Sebab kena lebih sensitif, supaya menggerakkan inisiatif. Setakat sedih then kbye baik tak payah weh. Be proactive.
Dan gua harap lu orang maafkan gua. Sebab entry ni still ada sambungannya. Talk tu dalam dua jam lebih, dan gua nak pastikan setiap isi dan perkataan yang bermakna wujud dalam entries gua. Kalau pepanjang sangat, lu orang malas baca kan? So, selamat berjumpa di episod yang akan datang dan Assalamualaikum.
Dan gua harap lu orang maafkan gua. Sebab entry ni still ada sambungannya. Talk tu dalam dua jam lebih, dan gua nak pastikan setiap isi dan perkataan yang bermakna wujud dalam entries gua. Kalau pepanjang sangat, lu orang malas baca kan? So, selamat berjumpa di episod yang akan datang dan Assalamualaikum.



4 ulasan:
macik ni selalu buat orang tertunggu-tunggu huh. takpe. anggap ujian kesabaran je laa *nada pasrah*. lepas final hapdate ye! ;)
kagum!
hei zombi. update cepat
bravo 3alaiki! alhamdulillah,entri bermanfaat ^_^ seronok ak baca :)
Catat Ulasan