Assalamualaikum. Penat kan asyik tajuk ni je? JANGAN PENAT HOI! Kalau taknak baca entry aku pun teruskan cakna tentang Gaza dan Syria dan Islam keseluruhannya. Qunut nazilah jangan lupa jugak. (Pedulikan ayat poyo, ambik isi dia je.)
Ahh malas bebel. Sambung sambung. Dah merusuh dah semorang suruh sambung. Tak penyabor betei kengkawan aku ni. Hewhew.
Pada entry yang lepas, kita dah bincangkan apa perbezaan Fatah dan Hamas kan? Kalau lupa bolehlah rujuk kepada entry INI. Haihh takpe, biasalah kalau lupa. Jangan sedih. Kalau baca bebanyak kali confirm ingat lepas ni.
Dan kita pun dah dengar yang Palestine dah dapat satu kerusi dalam PBB kan? Status Palestine dalam PBB dah dinaik taraf daripada entiti kepada non-member observer. Siapa yang bersusah-payah bawa usul ni? Fatah, bukan Hamas. Ha sebab tu aku suruh korang usya balik perbezaan Fatah dengan Hamas. Hamas, of course la menyerang secara gerila. Tak main PBB segala ni.
Apa beza entiti dengan non-observer member? Entiti ni entiti la. Kewujudannya tidak disedari, dan tidak diingini. Ada serupa tiada. Gituuu. Usul untuk tukar status ni dibawa pada tahun lepas ke security counsel supaya Palestine diterima ke PBB. Tahun ni diorang mintak naik taraf status pulak. Dan berjaya.
Apa faedahnya? Bila dah masuk dalam PBB ni, Israel tak boleh la nak cepatkan bina penempatan dekat haram dekat E1. Sorry, aku tak tau E1 tu stands for apa, tapi tu kawasan Yahudi la. Tempat puak-puak dia. Then, Palestine boleh buat laporan ke ICC (International Criminal Court, The Hague, Netherlands) dan Israel boleh didakwa. (sila check semual untuk kesasihan informasi.)
ICC tu tempat untuk membicarakan kes kes yang international. Macam antara dua negara macam tu la. Kalau ada readers yang amek laws, korang mesti pernah dengar ni kan? Ha tak pernah? Ayookk pergi search. Penting wooo.
Tapi eceli, even dah dapat status tu, dunia takdelah membantu sangat. Sebab tu lah Hamas slow talk dengan Fatah. Rentikanlah buat benda-benda ni semua. Mungkin dapat keadilan, mungkin tak. Apa kata kalau kita angkat senjata. Allah dah jamin kita menang. Gitulah. Pendapat korang macam mana pulak?
Oh, kan sebelum ni cerita pasal bantuan Turki dan Mesir kan? Kalau Malaysia apa pulak? Krik krik. Muehehe.
![]() |
| Sumber gambar. |
1 - Dan sesungguhnya the most important thing is mempertingkatkan iman kita. Jaga hubungan dengan Allah. Mengaji, bangun tahajud. (Pesanan untuk diri sendiri juga yang selalu alpa T_T). Jangan mudah terpengaruh dengan suasana dunia sekarang. Duniawi sangat, akhirat tolak tepi. Kalau kita tak jaga, kita akan dihanyutkan jauh dari realiti. Hidup dalam mimpi.
Kita, lelebih lagi yang ada basic agama (sekolah agama, uni agama etc etc. *sentap*) kena menjadi qudwah kepada masyarakat. Cipta suasana baru, suasana Muslim sejati. Berkongsi ilmu supaya sama-sama bergerak ke medan jihad dan dakwah. Keluarkan diri tu dari comfort zone. Mementang duduk dekat Malaysia ni takde apa sangat, sibuk dengan dunia awang-awangan dia. Bangun woi!
2 - Berusaha untuk boikot. Kita kena cuba tunjukkan kuasa tekanan daripada umat Islam. Muslim dekat dunia ni berbillion. Memang boleh sangat bersatu nak lawan Israel yang cenonet tu. Tunjukkan kita ada kuasa. Apa yang susah sangat? Sibuk duk canang diorang tak bankrap punya bagai semua. Kita tak cuba mana nak tau. Jangan pesimis boleh tak?
Marah ni marah.
Setakat tak makan semua tu bukan boleh mati pun kawan-kawan. (Kemarahan dah terkawal sikit) . Malaysia pun satu. Aku cadangkan tutup je terus semua cawangan McD dan semua tu. Bagi can dekat local punya barang. Baru lah boleh maju. Nak government tax lettew. Opss.
![]() |
| Usya la sendiri. |
Sekarang kita hidup di zaman civil society. Dulu, nation state. Semua orang dok sibuk nak besarkan negara dia je. Lepas tu zaman multinasional. Ada la kerjasama antara negara. Sekarang, civil society, ialah zama individu. Semua orang dapat berhubung dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain even tak kenal sebab well-connected dengan internet. So apa lagi? Gunakanlah.
Kalau ikut cadangan dia, dia suruh desak kerajaan halau duta Israel. Negara lain ramai dah buat. Malaysia, time talk ni belum. Sekarang belum jugak rasanya. Ce tulis surat dekat PM kita. Maklumlah dia kan dengar suara mahasiswa ni. Hiks.
Dooooooooooooooooooooot. Dan bersambung lagi. Salam~





5 ulasan:
aku rasa sebab banyaknya benda nak diboikot sampai boleh lupa ni, kita patut buat peringkat2. maksudnya first yg terkenal gila dulu- mcd, sprite, fanta, maggi. pastu baru carry on.
Aku tak rasa sebab tu. Mcd pun orang payah gila nak boikot. Macam takde makanan lain.
iklan mekdi prosperity menggoda akuuuuuuuuuuuuu. sakit hati tgk kesedapan. syaitan tiup2 suruh beli nnt. hapuskan iklan lalalalala
Tak silap aku status non-observer member tu belum bolehkan Palestine access agencies dalam PBB termasuklah ICC. Tapi melalui status baru ni lah Palestine boleh usaha lagi nak jadi member PBB secara mutlak.
Dan adakah kat Malaysia ni ada duta Israel ? Setahu aku malaysia tak ada hubungan demokratik dengan Israel. Duta Negara hanyalah dihantar di negara ² yg ada hubungan diplomatik sahaja.
Wallahua'lam.
Teruskan cakna anda dalam isu Gaza dan Pembebasan Palestine ini.
Aku just tulis apa yang aku dengar. Both of it. Mungkin ada salah faham time aku jot down info tu kot. Thanks by the way. Kalau ada salah lagi tegur lah ek. :)
Catat Ulasan