Ahad, 24 Mac 2013

Halaqah 1.


Phewww berhabuk gila blog ni. Dah lama tak menaip. Tiada masa, dan tiada cerita mungkin. Menyibukkan diri dengan kelas dan assignments dan lelain lagi. Kadang-kadang tu, ada je 'ibrah daripada observation orang sekeliling. Tapi in my own personal view, ulang-alik campus-kolej-campus tak membuka mata sangat. Sebab dok nampak orang yang sama je. Satu campus semua budak laws je kan. Hmm kurang menarik sikit. Hiks.


Assalamualaikum. Eh.

Takdapat pergi Malam Cinta Rasul. Tsk. Tahun ni asyik macamtu je. Kalau dah ada niat nak pergi satu program tu, mesti ada program lain yang menggagalkan niat tu. Ish. Takpelah, Allah nak uji sabar kot. He knows best.

Well, saja nak cerita apa yang dapat daripada Halaqah haritu. In arabic bak hang. Kakak arab tu comel gila. Mula-mula taknak pergi, sebab dah balik rumah kot. Tapi mengenangkan dah ponteng lebih sekali, seret juga la kaki pergi patah balik uia. (Over, padahal naik kereta.) Eh dah melalut.

Tapi Allah tunjuk, tiada benda yang sia-sia. “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Ali-Imran, 3:191). Aku datang dengan tak berapa rela, tapi aku pulang dengan kesyukuran. Cewah.


Kakak tu, (Yang aku tak tahu nama dia sebab sampai lambat. Sobs) cerita pasal macam mana kita mencintai Rasulullah. Dah lama sikit baru aku sedar, tak pergi Malam Cinta Rasul but I've already get a little bit 'ilmu. Kenapa nak sedih kan? Subhanallah. "Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka, "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air bumi itu sesudah matinya?" tentu mereka akan menjawab, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah," tetapi kebanyakan mereka tidak memahaminya." (6:63). Alhamdulillah, Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Dia kata (in arabic), tak cukup kalau hanya di hati kita, kita kata kita cinta Rasulullah. Tak cukup dengan hanya ungkapan di bibir kita kata "Aku Cinta Rasulullah." Itu bukan caranya. Cinta Rasulullah ialah dengan mempertahankan akidah yang dia bawa. Akidah yang susah payah dia ajar kita. Akidah apa? "Laisa kamislihi syaiun : nothing like a likeness of Him." (42:11)




So berdasarkan ayat tu, kita WAJIB untuk percaya dengan sebenar-benar dan seyakin-yakin percaya, Allah tu tak sama dengan makhluk. Tak boleh nak samakan dengan satu pun sifat makhluk. Kita tak boleh kata Allah tu dekat kiri atau kanan ( syimal au yamin ), tak boleh nak kata Allah duduk depan atau belakang ( amam au kholf ), sebab arah tu sifat makhluk.


Dan kita tak boleh cakap pun Allah tu duduk atas arsy. Sebab kita tak boleh bayang dengan akal yang Allah buat sesuatu dengan sifat manusia. Kalau bayang, maksudnya ada jisim. Tapi Allah bukan jisim ! Allah is Allah. That's it. 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil, 1 sifat harus dan 99 namaNya. Itu je yang boleh kita tahu. Ayat duduk di arsy tu bukan ditafsirkan duduk, tapi Allah berkuasa atas arsy, dan setiap segala sesuatu yang ada di langit dan bumi.


Sebab tu sebelum semua-semua, benda paling penting ialah kita kena belajar akidah. Tingkatkan pengetahuan tentang tauhid. Memang la tauhid tu bukan benda yang kita boleh nampak, tapi itu yang paling penting. Ada setengah akhowat yang jaga ibadah, solat sunat semua dia buat, masjid sentiasa pergi, tapi bila kuliah ilmu akidah, dia tak pergi. Salah tu. Akidah first.

(103:3) "Except those who believe and do good ..." Jelas kan? 'Amanu dulu baru 'Amilu as-solihat. Kecuali ORANG-ORANG YANG BERIMAN dan beramal soleh. Allah tekankan, iman tu kena datang dulu, baru amal soleh. Bukanlah maksudnya kalau rasa iman goyah tu takpayah buat amal soleh. Banyak cekadak kau. Dah nama pun manusia confirm la iman turun naik. Tapi yang salahnya ialah bila dia cuma tumpukan dekat konsep ibadah tapi tak peduli soal akidah.

Belajar akidah, baru teruskan dengan mengikut sifat nabi. Ni tak, terus lompat ke step kedua. Lepastu mula lah dok bagi alasan kita bukan maksum, tak dapat buat macam nabi buat bla bla bla. Rasulullah tu qudwah hasanah. Sebaik-baik contoh, sebaik-baik teladan. Semua aspek hidup ada baginda tunjuk. Dia suami, dia bapa, dia panglima perang, dia pemimpin. Kita mungkin tak mampu jadi semua, tapi dalam semua yang kita mampu jadi tu, kita contohi teladan kita. Gituu.

Credit pic : link
Jadi kepada bakal ibu dan ayah (cewah) , nanti ajar anak korang soal iman dulu. Ajar dia tahu Allah yang cipta dia, Allah tuhan dia - ilah dan rabb, Allah tengok semua dia buat, lepastu baru boleh proceed ajar anak solat, baca al-Quran dan sebagainya. Sebab kanak-kanak ni, dia mungkin tak tahu, tapi time kekecik tu la dia percaya kita. Kalau 7 tahun kena ajar anak solat, ajar pasal iman sebelum tu lagi. Baru lah masa 10 tahun, (inshaAllah) dia solat tanpa disuruh. Dia solat bukan sebab ibu, tapi sebab Allah.

Then, menjaga akidah ni bukan dengan setakat belajar, tapi kena juga mengajar. Ada setengah akhowat yang pergi topup ilmu pasal akidah, selalu duduk majlis ilmu berkaitan akidah, tapi tak pernah share even dengan kawan se-ghurfah (bilik) dia pun. Kalau kita tak sampaikan, macam mana kawan kita nak tahu? Kita pernah ajak dia pergi join sekali? Tak pernah? Pernah tapi dia taknak? Haa, kongsilah. Sharing is caring. Takmahu lah simpan sendiri.

Smile :) . Credit pic.
Takreti bercakap? Tak banyak ilmu nak 'cerita' dekat orang lain. Rasulullah S.A.W berpesan, "Ballighu 'anni walau aayah. (بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً) : Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat." Bukankah kita tahu satu ayat tadi? Laisa kamislihi syaiun. Satu ayat. Takkan nak bagi alasan takde ilmu lagi? Hati tu, Allah yang pegang, mana la tahu kot kita bagi satu ayat tu, kita terang maksud dia, tafsir sikit je, dia terbuka hati. Paling tidak, ilmu dia bertambah. Kan? :)

Semoga bermanfaat.

p/s : Maaf, banyak guna words arab, sebab kakak tu cakap in arabic. So macam lagi sedap kalau ulang balik precisely guna ayat dia. :)

p/s lagi : Saya takreti bercakap. Bukanlah takreti. tapi mungkin tak sefasih itu. Ini cara saya share. Kalau nak share dekat orang lain pun takpe. Mungkin tak berapa nak berkesan berbanding face-to-face, tapi doa lah semoga suatu hari dikurniakan kekuatan.

lagi p/s : Kalau ada tambahan, silakan. Kalau ada salah, perbetulkan.

Tiada ulasan: