Degreeeeeeee. Hectic months. Busy studying. Dah la aku jenis takboleh kalau study je ni. Tapi nak buat cemana, baru nak biasakan diri, baru nak cope dengan jadual semua. Dah la memula acah-acah nak masuk semua. Memang haru biru la.
Yeayy lari topik. Selalu macam ni. Ah, busy pun, here I am posting. Muehehe.
Assalamualaikum dear brothers and sisters.
Today, we're going to talk about the greatest man on the earth, Alexander The Great ! K tipu. Of course la bukan. Tu nama dia je ada 'great'. The man is Muhammad S.A.W.
Jangan nak bash pulok aku acah-acah cakap omputeh ni. Dah talk tu dalam omputeh, maka molek la kiranya ditulis dalam bahasa yang sama. Kalau yang kena pencerahan tu aku translate la.
We are honouring ourselves by mentioning and remembering him. He didn't know how to read and write on the first place, but he can become an impressive man. A very impressive man as we can take him as a role model whether we're rich or poor, whether we're weak or strong.
We can take him as an example of a good ruler, and as a good leader in his family. Even dalam family ni pun, terbahagi kepada banyak engkorang tahu? Ada bini sorang, boleh. Ada bini lebih sorang, dia contoh juga. Jadi ketua group kecil, Baginda pernah. Ketua kepada group besar lagi la der. Tahu fathul Makkah kan ? If not, google~ Tapi rasanya ada belajar time Sejarah SPM F5.
![]() |
| Gua tak tahu apesal gambar ni. Redah je la ye. |
Dan sebagai umat dia, haruslah kita mengikut segala yang Baginda dah praktikkan. Cemana dia makan, dia tidur, dia berniaga, dia sebagai ayah etc etc semua ada. Tinggal part kita je la. Nak ikut ke tak. Tepuk dada tanya iman.
Baginda sampai saat wafat pun ingat kita. Last word dia ummati, ummati. Ada juga satu hadis yang sebut Baginda teringin nak jumpa ummat yang beriman kepadaNya dan RasulNya, tapi tak pernah nampak Baginda. Ce tanya diri sendiri - se-eager mana kita nak jumpa Baginda ? Malunyaaaaaaaa. T_T
Hel-lo, cakap je tak jalan brader (kepada semua gender la ni). Awak kena tunjuk dengan perbuatan. Cemana nak buat ? Rasanya entri lepas ada cakap. Selak la ye brader. Kehkeh.
Session seterusnya ialah five characteristic of a great leader. Diorang buat macam research all over the world, tanya penduduk what they think about it and after then susun ikut sifat mana paling banyak vote.
Satu. Honest.This is the top characteristic. Yela, siapa taknak ketua yang amanah jujur bla bla bla kan ? Itu paling penting. Nabi kita sebelum jadi nabi apa orang Quraisy panggil dia ? Al-Amin ye kengkawan. Yang bermaksud amanah. Jadi, hah satu dah ada, sebelum prophethood lagi. The companions even said "we believe in you, because you have never said nothing but the truth."
Dua. Competent. Tiga. Intelligent. Ingat cerita yang pasal hajarul aswad tu ? Yang semua ketua tribes berebut nak angkat balik lepas banjir besar dan putuskan siapa yang masuk Kaabah dulu dia yang akan tentukan siapa yang angkat tu. Haa competent ni do something in a proper way. This stories depict both characteristics.
Tahu tak apa solutionnya ? Baginda bentangkan serban, letak hajarul aswad atas tu dan suruh setiap ketua tribe pegang setiap bucu serban. Sampai tempatnya, Baginda ambil dan letak. That's the proof of inteligence, no ? Adil dan saksama kan ?
![]() |
| Gua bukan promote bey en tau. |
Ah lupa nak terangkan. Leader kena lah forward looking ye dak. Ambil setiap possibility yang mungkin terjadi, fikir future. Kalau tak menggelabah la bila tetiba ada something yang not in plan. Dia pun pening, orang bawah dia pun pening. Worse, dia susah nak dipercayai dah lepas tu.
![]() |
| Recycle gambar Sultan Muhammad al-Fateh. |
Dan sesungguhnya Islam akan naik semula. Akan kembali gah di muka bumi ni seperti suatu waktu dahulu. Persoalannya, adakah kita nak jadi sebahagian darinya, atau kita just a spectator ? Nauzubillah jadi spectator je. Nak jadi sebahagian !
Marilah sesama kita berusaha. Nabi, 23 tahun berusaha menegakkan kalimah haq tu. Janganlah kita jadi yang duduk tak buat apa, sambung tugas tu. Lebih teruk, jadi yang meruntuhkannya. Ish nauzubillah ! Tapi aku cakap je. 19 tahun ++ hidup ni entah buat apa la. Lagi 4 tahun jadi 23. T____________T
May Allah give us strength to live and lead others through His way, fi mardhatillah. InshaAllah.
p/s : Sebab ni ada pasal leadership, dan kita sekarang musim pru, aku nak masuk sikit la kan. Aku tak rasa polisi Melayu tolong Melayu tu betul. Setakat ni aku tengok, Melayu tau musnahkan sesama sendiri. Nama je sebangsa.
Phrase yang betul ialah - orang Islam yang akan tolong orang Islam, inshaAllah. Dah tu Melayu tu tak Islam ke ? This Islam that we talk about is borderless, regardless kaum or bangsa or whatsoever. Kalau dia betul Islam, dia cina ke melayu ke india ke takde isu.
Sekadar pendapat. Sorry panjang.
Adios. :)







Tiada ulasan:
Catat Ulasan