Assalamualaikum.
Peh, tajuk pun dah tak faham kan ? Mesti rasa malas nak baca. Kan kan ? Haaaa lek lu. Baca dulu, then baru decide nak sambung atau tak. Okay ? ;)
Kita selalu dengar harapan muslim untuk membina daulah islamiyah dan nak bangunkan balik zaman khalifah yang jatuh pada tahun 1924 tu. Ironinya, daulah islamiyah sebenarnya tak selari dengan konsep khilafah. Jadi amatlah aneh dan janggal kalau dua hasrat tu duduk sekali. Kenapa ?
![]() |
| Kita pernah berkuasa ~ Memayungi 2/3 dunia |
Nak mula setiap benda, hatta dalam statute sekalipun, dia akan bagi definition dulu. Definition of the act and definition of the terms used in the act. Jadi ni nak mengambil pendekatan tu la. :3
Memula sekali kita kena tau apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan Ummah Islamiah ? Seluruh umat Islam di seluruh dunia ala ala 1Ummah atau 1Muslim kah ? TIDAK. Ummah Islamiah, mengikut maksud sebenar seperti yang terkandung dalam Sahifah Madinah atau Perlembagaan Madinah yang diasaskan oleh nabi sallahu alaihi wassalam pada fasal 2 yang berbunyi "Bahawa mereka adalah satu ummat berbeza dari manusia manusia lain" ialah the people of Muhajirin, Ansar, and ghair muslimin (not-yet-muslim).
Jadinya mengikut tafsir diatas, Ummah Islamiah merujuk kepada the whole world and nation, every single person asalkan dia diperintah oleh Muslim atau khalifah tanpa mengira bangsa, agama dan negara. Ye, non-muslim pun dikira Ummah Islamiah sebab ummah disini ialah political definition and not religious definition.
Ada engkorang perasan apa-apa tak dari makna tu ? Ada ? Takde ?
Mari sini nak buat pencerahan. Maksud diatas terang tang tang sebut 'tanpa mengira agama, bangsa dan NEGARA'. Makanya, daulah islamiyah bukan konsep khilafah dan bukan konsep sahabah terdahulu. Tak patut daulah islamiyah tu berpecah dan diperintah oleh orang yang berbeza. Acano nak bersatu ? Sepatutnya, ada sorang je yang memimpin satu nation tu dan penduduk dia tak semestinya all Muslim. Asalkan ada tolerance, boleh hidup rukun damai, janji akan patuh pada pemerintahan Islam, dia pun boleh jadi one the penduduk.Setel bab daulah islamiyah. Move on to Negara Bangsa.
Negara bangsa muncul selepas kejatuhan khilafah. Konsep dia, negara tu mesti diassociate dengan bangsa tertentu. Contoh, penduduk Melayu duduk dekat Tanah Melayu. Itu pun diorang pisahkan juga kita dengan rumpun yang lain tu. Konsep ni start diguna pakai time perjanjian Westphalia yang mengahalang perang antara katolik dan protestan.
Perang yang berlaku selama 30 tahun ini ditamatkan dengan satu perjanjian, yang kemudiannya memulakan pemisahan kerajaan dengan gereja dan membentuk dasar nasionalis negara tersebut atau dengan bahasa mudahnya - semangat ke-bangsa-an atau ke-race-an. Kalau sebut negara dia akan merujuk kepada satu bangsa. Gituuu.
![]() |
| Peta negara atas ke-race-an |
Akan tetapi saudara saudari ku sekalian, konsep khilafah jauh sekali berbeda dengan konsep negara-bangsa ni. Amek kau ayat aku. Konsep khilafah tak bound on a territory. Maksudnta takde boundary. Jurisdiction not bound to certain territory but bound on iman. No disintegration and sovereignty belongs to Allah. Kiranya tak boleh la Mesir law lain, pemerintah lain, then Turki lain. Negara Islam tu kena ada satu je and the one and only. Takboleh ada sepuluh.
Dah faham dah semua perbezaan khilafah dengan negara-bangsa ? Dapat overview sesikit jadi la. Give a clap.
Now, lepas dah hadam segala konsep, baru boleh bicara soal mengembalikan khilafah tu. Caranya, kena ada integration antara negara. Europe dah buat, makin lama makin cantum. Kita makin lama makin pecah. Alasan perbezaan mazhab la yada yada.
Tapi bak kata Encik Azam ayah Ammar, benda ni semua dirancang. Selagi kuasa besar bukan milik Muslim, selagi tu kita akan terus berpecah. Untuk kembalikan kuasa besar, tak lain dan tak bukan, memula sekali kena tengok diri sendiri. Inisiatif sendiri. Sejauh mana kita cakna dunia luar ? Sejauh mana kita ambil tahu bila kita takde kepentingan pun dalam tu ?
Still, we have to make some effort. Doploh pat jam pom pang pasal kawin nak pergi mana. Duduk saja kat bilik tak join aktiviti kemasyarakatan boleh dapat apa je ? That's our problem. *dush kat diri sendiri juga part duduk bilik* Lepastu kurang membaca bab pengetahuan dan sejarah. Erm erm dalam perancangan inshaAllah. :)
Ye, buat aktiviti kemasyarakatan tak mungkin dapat meng-intergrate-kan negara Islam kalau dilihat dengan mata kasar. Tapi sebenarnya ada kaitan. Contoh, kau selalu dengar talk instead of duduk bilik, pengetahuan akan bertambah. Tu benda paling crucial kot - pengetahuan. Buat aktiviti - pun pengetahuan, tambah pengalaman.
Benda ni mungkin ambik masa. Tapi saat Islam bangkit semula takkan kita nak jadi yang tengok je ?





Tiada ulasan:
Catat Ulasan