Jumaat, 10 Januari 2014

TURUN, Dataran Merdeka dan Sambutan Tahun Baru.


Hello 2014 :3

Lambat kan aku post ? Nak buat cemana, sekarang musim exam. Memang tak ada masa la nak berblogging bagai ni. Ni pun belum habis, ada lagi satu paper. Tapi kalau tak tulis, lambat sangat pula. Jadi, ambik masa sekejap. Mohon doa semua untuk paper last ni dan untuk hari hari seterusnya. :)

Yeap, aku turun haritu. Turun dengan erti kata menyertai demo TURUN harga barang time ambang tahun baru dekat Dataran Merdeka haritu. Darah halal ? Well, go on if you like. You can kill a man, but you can't kill an idea. Ce teka ayat dalam movie apa ? Hiks.

Okay proceed kepada ulasan. (baca : cercaan). Ni memang aku nak hambur habis habisan. Aku dah warn, jangan saman aku. Sekian.


Seriously dude, BN, rakyat bukan takreti berjimat. Aku rasa aku dah cukup jimat dah tapi kalau semua benda nak naik, takboleh hidup juga bro. Sebelum korang keluar statement merepek entah apa-apa (paling merepek 'kalau tak suka BN perintah boleh keluar Malaysia' au kama qol, serius dude? Macam tak sekolah.), cuba korang fikir sejenak, on your behalf, your acts, apa je yang korang boleh contribute. Jangan bagi alasan sangat aih semua pakat hidup mewah.

Lepastu, semua dok pakat kata memang barang akan naik, orang belajar ekonomi je faham lalala. Dafuq ? Korang ni nampak ke tak apa yang rakyat marah sangat sebenarnya ni ? Kalau bagi pihak aku, aku turun sebab korang merepek. Kalau dah tau ekonomi macamni, barang segala memang akan naik, JANGANLAH LETAK DALAM MANIFESTO KORANG GILA. Haa kan dah caps lock.

Mempermainkan tau tak. Dah ayat manis, orang dah undi, tunaikan jangan banyak bunyi. Dah tau tak boleh nak tunaikan, jangan tabur janji. Pilihan raya memang orang tabur ayat manis untuk menang undi ? Bullshit. That's why orang marah tau. Lepastu dia nak marah balik bila orang marah. Grrr cermin nak cermin ?


Jangan bagi alasan ni benda future korang tak boleh nak predict. Tahukah anda, salah satu ciri a great leader is forward-looking. Aku dah describe dah benda ni dekat sini. Kalau rasa takde ciri ciri yang disebutkan sila bagi position anda pada orang lain. Jangan nak sayang sangat kuasa tu, amanah kot. Amanah pemimpin paling berat, bukan boleh buat semberono.

Ni sikit sikit pusing lain. Kita cakap A, dia jawab B. Apa masalahnya kalau cakap je stret, ye kami minta maaf kerana tak tunaikan janji kerana apa apa apa. Kami tau janji je tak tau tunai. Then yang ekonomi2 tu korang terang la slow slow dan ilmiah gila dekat tv. Kan media semua engkorang punya apa lagi guna la. Baru nampak macam wow. Ni lepas keluar statement $%$&* baru la nak cerita ekonomi bagai. Too late, bro.

Penyokong BN mesti panas bontot baca ni. Wat lek, sekarang time nak panaskan sebelah sana pula. Muahaha.

Tetiba pic ni. Kehkeh
Okay, memula best. Stick to the plan. Nak turunkan harga, nak banteras korupsi yada yada. Oh btw, eceli dia ter-group kepada banyak group. Pepaham la ye ayat ni hihi. Means lepas dah berarak segala, akan ada wakil2 dari beberapa pihak bagi ucapan. Nak menaikkan semangat, tajdid niat semua so memang patut pun ada, bagi aku.

Tapi ada pula wakil dari pihak pembangkang yang ambil kesempatan nak berucap juga. Dan aku sangat amat lah tak bersetuju bila diorang guna untuk kutuk kerajaan. Yeap, memang yang datang tu kebanyakkannya orang pembangkang, tapi memang mustahil eh nak buat benda tu jadi demonstrasi yang neutral ? Kenapa kena sibuk provokasi ? Okay ye, aku baru, orang lain semua dah tahu kot mustahil. Heh.

Seriuosly, apehal tetiba nak promote korang punya parti menuju putrajaya la suruh vote la. Dude, boleh tak sekali je kau jadi rakyat. Aku rasa takde salah pun kau bergerak untuk rakyat. Takpayah nak gila kuasa sangat semua tempat nak promote parti. Ha ambik kau. Mungkin aku sorang je yang rasa macam ni, tapi kalau ada orang lain rasa, sumpah korang tak dah buang undi. Annoying, serious.


Pernah tak dengar ayat - jangan bagi kuasa dekat orang yang nak berkuasa ? Aku rasa ayat ni betul. Sebab kang takreti nak turun. Dah tahu tak boleh, bagi la orang lain. Ni untuk yang sana juga. So eceli sama je dedua. Heh. Kalau ada sepuluh orang macam aku, memang dah hilang sepuluh undi dah. Padan muka. Eh.

Demo tu akan jadi lagi best dan bermakna (pepandai la interpret word ni) kalau yang datang tu memang solely turun untuk nak capai objektif sedia ada je. Jadi, rasanya bila benda2 yang berkaitan dengan rakyat ni, better korang jadi rakyat la. Rasa apa rakyat rasa. Sekali je, jangan jadi parti pembangkang. Stick to the plan. Orang akan lagi respect.

Ni bukan hinaan. Tapi sekadar pendapat. Maaf kalau terkasar bahasa. Tapi kalau sebut pusing-pusing, kang tak sampai matlamat. So baik aku straight je apa aku rasa. Kalau ada yang tak puas hati, boleh je nak argue. Ini pendapat aku, tak bermakna orang lain kena ikut. Semua ada pendapat masing2, hak masing2.


Tak bermakna juga kutuk kerajaan 5 perenggan, pembangkang 4 perenggan, aku sokong pembangkang. Aku cuma nak yang lagi baik dari kedua pihak. Aku undi siapa tak penting. Sebab andai kata aku orang kerajaan hari ni pun, pilihanraya lima tahun sekali. Sampai tarikh pilihanraya, tak tentu lagi aku still orang kerajaan.

Honestly, bab ni aku tak setia.

Sekian.

p/s : Happy birthday to all January's babies, yang dah lepas, yang harini, mahupun yang akan datang. :)

2 ulasan:

encik brock berkata...

nice entry kak!

sipo berkata...

yey kaka lawyer bijak. kaka mana setia pun hahaha.