Sabtu, 8 Februari 2014

Lori sampah dan "Takkan Melayu Hilang di Dunia"


Ihsan Google
Tahukah anda itu lori sampah ? Tahu ? Good.

Aku jumpa gambar cenggini dekat fb. The owner merakamkan setinggi penghargaan kepada insan yang sanggup bergelumang dengan sampah sarap demi sesuap nasi. Tak ramai yang sanggup. Kalau suruh aku pun, aku akan kata tak. Gimme the number, I didn't think I will say yes.

Then ada lah sorang akak ni kata ayah dia kerja ni dan dengan duit tu berjaya sekolahkan semua adik beradik dia sampai ke peringkat universiti. Then ada yang bandingkan dengan jepun, dekat sana diorang ni dipanggil jurutera kebersihan if I'm not mistaken. Ada juga yang cadangkan gaji yang tinggi sepatutnya diberi untuk orang-orang ni.

Poop ! Bila cadang bagi gaji lebih, tiba-tiba muncul la satu komen ni. Dia kata - kenapa perlu bagi gaji tinggi. Nanti semua malas belajar sebab nak jadi tukang angkut sampah je. And I was like - dude, pehal doe kau ? Ignorant gila. Sumpah aku rasa statement tu sangat la memalukan dan tak berasas.


Apa maksud kau 'malas belajar'? Kau ingat kalau dia pergi kelas doploh pat jam, pergi tuisyen segala, result gempak nak mampos tapi rasa diri pandai sangat, tak hormat orang lain, mementang duduk bawah aircond boleh pandang rendah dekat orang kerja angkut sampah je ? Ini ke produk 'rajin' tu ? Kalau macamtu, baik takpayah. Baik kau duduk je dediam dalam kelas, jangan keluar dah jumpa orang. Buat semak je.

Macam mana nak lekatkan dalam otak manusia manusia ni yang 'belajar' tu bukan dalam kelas semata. Belajar tu boleh je datang dari sumber yang berbeza. Tak semua subjek dalam sekolah tu semua orang mampu skor. Tapi tak bermakna dia tak pandai. Mungkin dia ada benda lain yang dia power, yang dia boleh belajar tanpa dipaksa sistem atau persekitaran. Contoh, melalui pengalaman ataupun pemerhatian. Benda tu salah satu proses pembelajaran juga. Cuma takde sijil je.

Lepastu tension. Tak hargai ilmu. Belajar untuk exam je. Hmm.
Kalau dia tak pergi sekolah sebab tak mampu, katakanlah. Tapi pemikiran dia lagi terbuka dan cakna daripada orang yang ada sepuluh sijil, kau still nak kata orang yang ada sepuluh sijil tu lagi pandai ke ? Tolonglah. Buka minda sikit. Tak semua benda perlu diukur dengan gred. Aku tak kata takpayah masuk universiti, takpayah pergi sekolah, atau takpayah datang kelas.

Kalau kau dah dapat peluang tu, grab the chance. Sedut sebanyak mungkin ilmu yang kau boleh dapat. Tapi tak bermakna kalau dia belajar dengan cara yang berbeza, contohnya dengan bekerja, kita nak kata dia takpandai. Orang yang gred dia kurang bagus berbanding kau, ada benda yang dia lebih tahu dari kau. Sampai bila nak terus dikongkong dengan 'belajar tu dalam kelas' je.

Peduli apa kata orang, selagi kau berpijak di jalan yang benar.
Lepastu aku tak boleh terima juga dengan orang yang suka kata 'awak ni belajar lagi, takpayah nak sibuk politik sangat'. Kalau diberi pilihan orang yang dah habis belajar tapi post pasal politik dengan makian, dengan student yang post pasal politik dengan fakta, baik choice yang kedua kan ? Bukan nak menggalakkan student berpolitik sampai tak masuk kelas, belajar malas semua.

Itu tanggungjawab. Kalau dia taktahu mem-priority-kan tanggungjawab dia, tak tambah ilmu dia, dan tak melibatkan diri dengan masyarakat, rasanya memang boleh dikondem kot. Ini budak markah lawa, beratur dean's list, cakap dengan fakta, cuma bg pendapat pun korang marah dia nak tahu isu semasa. Tahukah anda, politik kita dipegang oleh orang Melayu. Kalau korang sibuk memarah, ekonomi dah, politik pun nak bagi dekat cina ke ? (statement untuk orang racist ponder. Kahkah)

Janganlah racist doe. Kenapa kalau dia racist, kita kena balas dengan racist  juga ?
Institusi terkecil ialah institusi kekeluargaan. Bukan sekolah. Pendidikan awal sepatutnya bermula dari rumah. Bukan semua lepas tangan bagi dekat cikgu dan sekolah. Bila anak tak capai target, disalahkan cikgu. Bila cikgu denda untuk kebaikan anak, disalahkan cikgu juga. Apa lagi ibu bapa mahu ? Ha amek kau.

Haritu aku tolong adik aku isi upu. Dia tanya datang dari sekolah mana. Antara pilihan dia - MRSM, SBPI, Sekolah Kluster, Sekolah berasrama penuh, sekolah teknik dan apetah lagi tapi panjang gila. Perlu ke sekolah diagih-agihkan macam ni ? Untuk apa ? Sekolah kluster dapat cikgu lagi bagus daripada sekolah harian biasa ? MRSM dapat dana lagi banyak daripada sekolah teknik ?


Aku rasa macam aneh. Kenapa tak semua dapat peluang yang sama ? Kenapa perlu ada diskriminasi dalam pembelajaran. Sepatutnya mansuhkan je la tahpape banyak sangat nama ni. Lepastu semua sekolah dapat dana yang sama, cikgu yang random. Barulah fair and square. Even sekolah aliran agama pun tak patut diasingkan. Ajar la sama rata, baru semua orang rasa faham agama.

Dana daripada kerajaan tapi kerajaan tak masuk campur urusan sekolah. Ada garis panduan am, tapi ikut suka hati sekolah tu nak uji murid dia macam mana. Nak lawakan sekolah dia macam mana. Nak buat persekolahan macam mana. Biar badan sekolah tentukan. Pendidikan patut dipisahkan daripada permainan politik. Peperiksaan dan gred tak penting. Peperiksaan besar hanya untuk menentukan dia akan ambik course apa dekat u nanti. Aku tak rasa akan ada masalah pun kalau semua sekolah lain struktur dia.

Kalau dia mahu belajar kulinari apa salahnya. Perlu ke paksa dia ambil medic juga ?
Lepastu kurangkanlah cerita mengarut dekat tv tu. Yang tak ilmiah langsung, yang dok nyanyi nyanyi je manjang. Banyak sangat hedonisme. At the end, semua nak anak dia jadi penyanyi. Semua mengejar populariti. Padahal sepatutnya buat la cerita yang menekankan makin pandai orang tu makin dihormati. Makin bagus idea dia, makin popular. Ini hmmmm. Malas la nak komen bebanyak.

Drama dan movie kita juga kurang unsur budaya yang kuat. Orang miskin dekat kampung pakai baju kurung dengan kain batik. Orang kaya dekat bandar pakai seksi nak mampos kalah artis hollywood. Woi, angkat la sikit martabat baju kurung tu. Dok sibuk gembur gemburkan melayu bagai tapi dalam kehidupan takde la melayu mana pun. Heh.

Bila KIL keluar, dikata bunuh diri isu sensitif dan bukan budaya kita. Kau pergi dekat twtsecretsmy, kau baca sendiri berapa ramai orang melayu yang nak bunuh diri. Eh, gangsterism, hantu, bohsia, rempit tu budaya kita ke ? Kenapa tak itu yang di-ban ? Lepastu, sampai bila nak angkat cerita cinta merepek yang tak pernah habis ? Sikit-sikit cerita cinta. Belambak gila sampai naik muak. Kemon la, dah 2014 kot. Move on please Malaysian production.

Cerita ni lagi power daripada segala cerita cinta acah acah Islamik Meleis. True love is between sisters and family. Bukan lelaki entah mana jumpa tetiba nak kahwin. APEHAL DOEEE ?!
Last but not least, ni aku borak dengan kawan aku. Ikut suka kau la kau nak buat berapa banyak awards pun. Tapi tolonglah angkat budaya juga dekat situ. Aku taknak cerita agama. Slow and steady. Start dari budaya dulu. Kalau agama takut semua taknak ikut dengan bagi alasan takdapat hidayah lagi. Kalau budaya, kau nak kata kau bukan melayu ke ? Eh.

Gunalah tema yang molek sikit. Yang membolehkan orang yang ambik award tu pakai molek sikit. Contohnya, katakanlah tema 'Kesultanan Melayu Melaka'. Ha bolehlah yang lelaki pakai macam Hang Tuah, yang perempuan pakai macam Tun Teja. Baru la umpphh. Baru Malaysia ye dak ? Baju kurung pun macam2 pesen sekarang. Batik pun mahal dan elegen apa. Jangan nak skirt tinggi sangat. Kita melayu - takkan hilang di dunia katanya. Heh.

Kita punya pereka fesyen kan power2 belaka, reka la something yang lagi gempak. Ini contoh, ambil dari sini.
Kalau mulut dum dam bising pertahankan Melayu, gaya semua nak omputeh je, tak guna juga ye sedara sedari. Perbuatan tu biar selari dengan kata-kata. Bak kata Malique dalam Layu "Ya... Tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa, Petah berbahasa kudrat tak berjasa, Orang berbudi kita hanya tahu merasa".

Mohon sentap.

1 ulasan:

amirul berkata...

aku rajin! yaa. great points