Jumaat, 17 Januari 2014

Sikap oh sikap.


Assalamualaikum. :)

Bila tajuk dia attitude, mestilah aku nak cerita pasal attitude kan. Bila cerita pasal attitude, tak bermakna aku perfect, bagus gila. moksya dan sebagainya tapi sebagai luahan terhadap (cewah terhadap) apa yang orang kita (baca: Melayu) suka buat. Tak semua, tapi kebanyakkannya cenggitu la.


1) Jaga salah kain.

Pernah dengar peribahasa 'jangan jaga tepi kain orang' ? Kalau tak pernah dengar mohon rujuk memana cikgu Bahasa Melayu engkorang. Aku nak tukar sikit la kan. Patutnya 'jangan jaga tepi kain orang, belah yang salah'. Sebab kita tak boleh tak jaga langsung, don't be selfish. Kalau bini jiran kena pukul, kau buat bodoh je sebab kata tu rumahtangga dia, jangan jaga tepi kain dia.

Tapi kau jaja cerita satu kampung. Ngumpat sesama sendiri. Eh, tu tak jaga pula ye ? Aneh sungguh masyarakat ini. Sepatutnya kau buat la laporan polis, tapi sebelum tu kena la ada bukti yang sahih. Entah2 yang jerit2 tu tv ke kan pasang high volume.

Beb, kalau orang sebelah kena pukul, tu bukan rumah tangga dia tau dak. Tu masalah setempat, masalah neighborhood. Aku rasa takde salahnya kalau kita report polis. Lantak la dia nak kata tu hal dia ke apa ke, we are responsible for it. Feel it. Takkan nak tunggu jadi mayat baru nak sesibuk ? Biar padan muka laki dia kena tangkap. Lepastu hasut sekali bini tu jangan nak sayang sangat eh. Takde pekdahnya nak sayang orang macamtu like seriously.


2) Isu masyarakat vs isu individu.

Bagi aku, kahwin ni isu individu. Lantak dia la dia nak kahwin dengan siapa pun, bila pun, berapa kali pun asalkan ikut syariat dah la. Yang semorang dok sibuk kekecoh ni pasaipa ? Bab ni, jangan nak jaga tepi kain sangat la kan.


2.1 Bila dia kahwin muda, semua nak bising jadikan isu kahwin muda tak cukup pengalaman la, ekonomi tak kukuh la. Yeap, mungkin betul, tapi jangan pukul rata semua. Kalau anak kau umur 20 belum matang, dia umur 20 dah matang kau apa tau. Kau kenal dia ke nak bising2 ni ? Doa je la dia bahagia.

Bila dia kahwin lambat, serbanistas semua bising kata menghampiri zina la tak elok la apa la. Mungkin dia ada perancangan yang lagi baik yang takde dalam paleotak kau, who knows ? Sikit sikit menghampiri zina. Dah dok sebut je tak ke jadi doa tu. Cuba doakan dia baik2 je. Bagi nasihat jangan dok rapat2, jumpa2 je, tapi kalau jenis tak jumpa pun kau nak suruh kahwin dah kenapa. Pfftt

Kalau dia taknak kahwin tapi dia nak ada baby, then itu isu masyarakat. Takboleh la pejam mata kata lantak la dia punya pasal bukan anak aku. Ha part ni semua taknak ambil tahu pula. Semua sibuk jaga kain sendiri sebab bukan sedara mara kita. Aneh sangat masyarakat ni.


2.2 Bila dia kahwin lebih dari satu, semua share post bagai. Bagi aku benda ni okay je, asalkan bini nombor satu dia bagi. Kalau dia kahwin lari, yes boleh jadi isu sebab bagi aku dia dah jadi cerita masyarakat. Lelaki pengecut je buat macamtu. Takkan cakap dengan bini pun tak berani ye dak ? Kalau dia tak bagi, cermin la diri dulu jangan nak keluar hadith sangat part lain tak amal pun. Heh.

Kalau bini dia bagi, dah tutup lah isu. Yang orang lain dok nak sibuk juga pasaipa ? Ikut suka hati diorang la, diorang bahagia macamtu. Bini dia redha. Bukan dia ambik laki/bini korang pun. Aneh masyarakat kita.

Semoga aku dapat laki yang taknak kahwin lain amin amin amin
2.3 Isu orang usrah kahwin dengan orang usrah, orang tak usrah whatever la. Yang ni lagi aku tak faham. Aku tak faham kenapa keluar isu ni. Seriously, benda macam ni pun nak bawa debat ke ? Ikut suka individu tu la dia nak kahwin dengan siapa pun.

 Kalau dia nak kahwin dengan orang usrah juga, yang orang lain dok sibuk tak berkembang agama merepek2 dah kenapa. Pergi study sendiri la nak tau agama ustaz2 ramai kot ingat sebar agama ni dengan kahwin je ke ? Tak maju langsung.

Kalau dia nak kahwin dengan orang bukan usrah, eh lantak sukahati dia la dia yang kahwin bukan korang. Apa yang orang usrah nak isukan sangat ? Dia dah tak se-aktif macam time usrah ? Mungkin dia ada komitmen lain yang lebih penting, untuk ummah juga cuma korang taktau yela tak semua benda kena tunjuk kan kang riak pula. Kata jodoh tu di tangan tuhan ? So, takde isu la kan ?

Aku takfaham kenapa benda ni pun nak kena diskus. Hal individu kot. Mungkin sebab aku bukan lagi budak usrah so aku tak faham. Entah, tapi aku rasa aku akan stick dengan pendapat benda ni hak individu. Orang lain boleh ikut jalan sendiri, jalan memasing.

Aku pun taktau apa kaitan pic ni dengan point tu. Layan je la eh.

Yang lain akan bersambung kemudian. Cuti ni banyak masa nak membebel. Hiks. ;)

1 ulasan:

Yong berkata...

Thanks! Keep blogging sayang!