Rabu, 11 Mei 2016

Utopia Kita Part #1


Ahmad tersentak bangun. Matanya terpisat-pisat memerhati keadaan sekeliling. Hairan dan aneh membuku. Ini bukan biliknya. Di mana aku, soalnya di dalam hati. Matanya masih melilau. Otak memikir namun tak dapat mencerna.

Ah, kalau duduk saja begini, sampai bila pun tak jumpa jawapan. Dia bangun. Mencapai baju yang tersangkut di penyidai entah milik siapa, lalu bergerak keluar rumah tanpa arah tuju. 

Selang beberapa tapak melintasi taman permainan kanak-kanak dan beberapa blok rumah pangsa, dia sampai di sebuah kedai makan. Belum sempat kaki melangkah masuk, terdengar perbualan dua orang lelaki di luar kedai berbicara soal 'tudung dan aurat'. Kaki henti, telinga pasang.

Mata terus meliar. Akhbar melaporkan tentang artis. Media mengampu kerajaan. Sekumpulan makcik mengata wanita bekerjaya tapi tak punya keluarga. Otak ligat menyusun perca.

"Aku di zaman apa? Tak mungkin masa akan datang tak belajar daripada kisah silam? Tak mungkin masa hadapan mundur berpatah semula ke masa lampau?"

Oh, zaman lampau rupanya, no wonder. Terus hati berdetik saat mata tertacap iPhone8 milik si lelaki. Kenapa aku tercampak ke sini?

Masa akan datang cerita individu tak jadi lagi perbualan seharian. Masih ada, sekadar bertanya khabar dan gurauan tapi bukan cerita pokok. Isu-isu berbangkit, haruslah berkisar perihal masyarakat. Yang muda bebas berdiskusi ilmu dan teknologi semasa. Orang lama berkisah isu negara. Media bebas melapor tak dikongkong. Artis tak mendapat tempat sebagaimana dulu. Setiap inci perbuatan kerajaan dianalisis dan dibincangkan kesannya, mengikut kepakaran masing-masing. Kerajaan tak lagi bebas berbuat suka hati. Suara anak muda masuk ke kampung, menusuk hati penduduk, menggerunkan orang atasan.

Zaman kemudian, manusia sudah jelek mengangguk redha setiap titah. Perintah dan undang-undang haruslah diberi sebab musabab akan tertubuhnya ia. Tanpa pengimbangan penggubal undang-undang, masyarakat tak lagi punya hati untuk patuh. Bahaya kerana jika mencetus kemarahan, rakyat terus bersuara menentang. Tak semua punya pendapat serupa. Namun bagus bagi mengehadkan kuasa sang pemerintah.

Bak kata Lord Acton-

"Power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely."

Terbukti perkataan pada masa lampau. Marhaen ditekan, ditekan dan sampai satu saat tenaga bergabung mengalahkan kuasa atasan.

"Mira, hang bila nak kawin? Sweet noh aku tengok Isya tu dah kawin seronok je aku tengok boleh sweet-sweet dengan yang dah halal."

Hampir tersembur air yang diminum Ahmad.

Mak aih. Apa benda minah-minah ni merepek. Dahsyat juga perubahan perempuan masa dulu dengan masa aku. Serius la asyik dok sebut pasal kahwin je minah dua orang ni dari tadi? Lepastu kemain guna perkataan 'yang dah halal'. Perempuan zaman aku dok berlumba siapa paling banyak masuk kampung kot. Cerita kahwin ni, cerita family dengan sesama couple je kot. Orang tak jadikan isu pun kau nak kahwin bila, kahwin ke tidak, dengan siapa, macam mana semua, sebab itu personal. Selagi bukan isu masyarakat, selagi tu tak jadi perbualan harian.

"Lepastu apa yang sweet?" monolog Ahmad sambil otaknya berligar. Mata terus meliar, mencari jawapan kepada persoalan minda - kenapa dia tercampak ke zaman ini.

Macam mana daripada semua ini, boleh berubah kepada semua itu? Sungguh, hebat tak terkata pengasasnya. Memang patut lah semua orang kena belajar pasal mereka. Selalu menguap je dalam kelas, ha kau, depan mata dapat nampak kepentingannya.

"Supaya kita tak kembali ke masa lampau yang cuma angguk dan telan"

Suara Puan Melati, guru sejarah berulang-ulang dalam minda.

Padahal masa depan pun, selalu je rasa ada benda yang tak kena. Kadang yang si A menyokong kerajaan, yang si B tak dapat terima hujah kerajaan. Memang tak diam otak la siapa kerja kerajaan nak kena puaskan hati majoriti. Nak puaskan hati semua orang memang mustahil. Yelah, dunia. Mana boleh dapat 100% perfect. Lainlah kalau Syurga.

Sebabtu zaman tu, tak ramai orang nak kerja kerajaan. Semua orang berbisnes. Sebab bisnes walaupun risky gila kalau rugi, at least kalau ada benda tak kena takpayah hadap komen dan bebelan panjang time balik kampung.

Zaman ni mesti tak ada siapa berani buat luahan perasaan (eh, pendapat). Tengok media pun tahu berleluasa.

"Kami takkan mampu kalau berpecah, kalau sendiri-sendiri. Dan untuk capai tahap ini, tak ambil masa yang singkat."

Teringat lagi. Buku sejarah.

Macam mana mereka buat?

Tak, yang lagi penting, macam mana aku nak balik ni???

"Nak?"

Tersentak aku dari lamunan dan monolog dalaman. Laju-laju aku toleh ke belakang.

Tiada ulasan: