I remember one conversation about this tweet.
*disclaimer*
Aku tak kata aku sokong perempuan berjalan kehulu hilir pakai bikini. We, milady, should serve our God, one and only. If God asked us to do us such, we do that for Him. Kalau kau Atheist, then you wear as what you believe. Apa kita pakai bukan untuk tunjuk cantik dekat laki, bukan untuk kata hey I can wear this and my men never do anything to me, bukan untuk mengagung lelaki, bukan juga untuk buat diorang menyampah. In fact, whatever we do, tak perlu ada satu pun sebab yang berkait dengan mereka. Do them for ourselves. Titik.
*real comment*

This is about mindset. Kawan kata, kita takboleh bandingkan dengan mereka gitu je. Mereka dah biasa tengok, sebabtu tak rasa apa. Bukan sebab they mind their own business. And he added "tapi bab yg compare org western dngn kita, itu tak kena, dia mcm nak compare "kereta ko meter kereta boleh sampai berapa?aku boleh sampai 320km/h",walhal kereta org yg dia tnye just kereta proton yg meter boleh sampai 240km/h."
Aku setuju. Tapi aku juga membantah. Otak-otak yang tengok perempuan cuma sebagai objek seks kena cuci pakai clorox tau. Jujur aku cakap, aku taksuka bila kena labuhkan tudung sebab aku rasa ada mata-mata yang pandang, dan itu aku rasa dekat UIA, dekat certain tempat. Aku suka bila aku rasa nak labuhkan tudung sebab aku sendiri nak, walaupun seriously tak ada siapa nak kisah sebab semua orang sibuk bekerja dan mind their own business. Dan aku pernah rasa benda tu, dekat tempat yang takda Islam pun dekat nama dia.

Come on, kalau kereta kau cuma bawa 240m/h, kereta orang lain boleh bawa 320m/h, kau janganlah duduk lorong kanan. Menyusahkan tahu tak? Tak pasal-pasal jadi punca jam. Lepastu kalau aku potong lane kiri, mulalah rasa tercabar la nak ajak lumba nak himpit kereta aku bagai. Eh tak kuasa la nak layan ego kau. Cuba kau duduk kiri dari awal, takda la aku susah-susah kena potong kiri 'mencabar' ego lelaki kau sebab kena potong dengan perempuan, betul tak?
Samalah juga kalau kau kereta 320m/h tapi kau kufur nikmat ataupun jenis berhati-hati, suka bawa pelan. Bawa juga dekat lorong kiri sesiap. Jangan nak berlagak sangat tapi sebenarnya menyusahkan orang. Pokok pangkalnya, kena tahu 'lorong' kau.

Sama juga macam otak-nafsu kau. Kalau rasa iman tu rendah tak boleh nak jaga, harap je akal 9 tapi serupa akal 0, janganlah gedik nak tengok porn, tengok movie omputeh bagai. Pergi bangun tahajud solat taubat banyak sikit kasi nafsu tu merudum. Paling bagus, puasa.
Sabda
Rasulullah s.a.w maksudnya:
"...Barangsiapa
yang tidak mampu (berkahwin), maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu
puasa) akan menjadi penjaga baginya."
Takpun cari la benda-benda lain nak buat. Banyak je benda lain yang berfaedah dari kau dok layan nafsu kau tu. Lepastu dah tak tahan, perempuan pula yang salah. Ewah.
Tak kisahlah west ke east, ada je yang jenis tak reti nak menyenangkan orang lain dengan cara duduk dekat 'lane' yang sepatutnya. Tak kisahlah kau kereta import ke local, kalau bawa pelan tapi duduk lorong kanan serupa juga. Kita sendiri tahu diri kita cemana, kita sendiri tahu kita drive cemana, bukan orang lain.
Bak kata pepatah Melayu kita, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut diri sendiri buat bukan-bukan, sendiri take precaution la.
Sesungguhnya mindset tu kena betulkan. Pandang kami sama macam kamu pandang kawan lelaki kamu, in the sense that we are both human. Kalau kawan kau cakap taknak, reti je nak respect kan? Apasal bila perempuan cakap taknak, kemain melenting lagi.
Hanya kerana kau bernama lelaki, tak bermakna kau berkuasa ke atas perempuan. We are both humans and never your slaves or objects. Nah ambik ni -
“Dan barangsiapa yang melakukan amal soleh dari kalangan lelaki dan wanita dalam keadaan mereka beriman, mereka itulah yang akan memasuki syurga.."
(An-Nisa 4 : 124 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan