Hello May,
Hello PRU-14 (9/5/2018),
And hello new government no more Barisan Nasional after 61 years.
Jadi disebabkan banyak isu-isu perlembagaan lepas pru ni, maka dengan tak rela (sebab tak berapa minat subjek ni), Atiqah buka lah balik buku-buku dan nota constitution untuk buat post(s) ini. Idea saya adalah untuk jawab soalan-soalan perlembagaan tu ikut Rukun Negara supaya bertambah semangat patriotik dalam diri anda semua. Harapnya lah.
Sebelum kita masuk kepada topik-topik tersebut, kita kenal dulu lah Perlembagaan kita dan Rukun Negara kita sebab tak kenal maka tak cinta.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA ialah, to cut the story short bila kita nak merdeka tu, kita kenalah ada undang-undang yang akan menjadi tunjang negara, sebab sebelum ni tiada undang-undang persekutuan. Yang ada cuma undang-undang negeri. British pun datang collects info dan isu-isu dalam negara dan diorang pun bentuklah satu draft nama Suruhanjaya Reid.
Dalam proses ni, berlaku Kontrak Sosial di mana kita setuju untuk terima non-Malay yang dibawa masuk oleh British sebagai warganegara dan sebagai pertukarannya, mereka setuju untuk bagi kita letak hak istimewa Melayu, bahasa Melayu, Islam, Sultan-sultan Melayu, tanah rizab Melayu dalam perlembagaan kita. Jadi ini adalah dua benda yang kita takboleh tukar. Mereka takboleh minta hak istimewa dihapuskan macamtu sahaja, dan kita tak boleh suruh mereka balik negara asal sebab Malaysia memang negara asal mereka. It takes two to tango. Takboleh kita je nak berlagak dengan hak kita, okay?
Kemudian, ada pertambahan dan perubahan yang melibatkan hak istimewa Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan bila kita terima Sabah dan Sarawak dan membentuk Malaysia pada tahun 1963. Makanya, selain hak istimewa Melayu, non-Malay sebagai warganera, hak istimewa Sabah dan Sarawak pun komponen penting dalam perlembagaan kita.
RUKUN NEGARA kita pula tercetus lepas peristiwa 13 Mei yang mana pergaduhan dan racial tension berlaku antara Melayu dan Cina, dipimpin oleh PM Kedua kita.
Dulu masa sekolah rendah ada belajar tau pasal rukun negara ni, taktahu lah zaman sekarang ada lagi atau tak, dan taktahu lah orang hafal lagi tak. So kita cite dekat sini untuk tatapan bersama.
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
- mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
- memelihara satu cara hidup demokratik;
- mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
- menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
- membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
SATU. Tak kisahlah bangsa apa kita, tetap kita semua rakyat Malaysia. DUA. Salah tegur, perbezaan pendapat raikan. TIGA. Adil tak bermaksud samarata, dan adil juga bukan orang kaya je makin kaya. EMPAT. Kesamarataan serta penghargaan tradisi dan budaya. LIMA. Dah 2018, janganlah sistem tu macam 1970 duhh.
And I came across a very nice words when reading about the 13th May incident:-
"But in current times, there won’t be another 13th of May. Because society now is different..." - Pak Amjal 😊
Next time kita sambung start dari kepercayaan kepada Tuhan then cross-refer Federal Constitution okay? Till then! ❤❤
Tiada ulasan:
Catat Ulasan