Ahad, 15 Julai 2018

#MalaysiaBaru edisi Pendidikan

#MalaysiaBaru edisi Pendidikan

1. Hapuskan SJK (C) SJK (T), buat satu aliran persekolahan je Sekolah Kebangsaan - canteen no pork no beef at all! (pastikan tender kantin dikawal selia setiap bulan)

2. Subjek Darjah 1-Darjah 3 : BM, BI, Mandarin, Tamil, Basic Math, Akhlak/Moral/Manners/Environment, Basic Sains & Teknologi, PJK, sex education.

3. Subjek Darjah 4-Darjah 5 : All four languages, math, science & techno, geografi, sejarah (with revision), PJK, Perlembagaan Negara, Rukun Negara & social contract, religions and races in Malaysia (belajar pasal agama lain). Kemahiran hidup kot. Muzik.

4. Subjek tingkatan 1-3: semua di atas dengan lebih fokus.

5. Menengah atas: Add all physics add math chem etc.


  1. 6. Subjek agama diajar dekat sekolah agama pada sesi petang. Tak ada dekat sekolah kebangsaan. Takperlu kacau masa non muslim dan suruh diorang pergi kelas moral. Bahasa arab belajar dekat sekolah agama (atau pilihan dekat sekolah kebangsaan). Gunalah artikel 12(2) FC tu elok-elok duhh. 


7. Akan diajar ikut silibus yang tersusun tak jumping here and there. Start dari tauhid dan prinsip asas Islam (continuously sampai form 5) tapi darjah 3/4 baru masuk fiqh yang include hukum dan reason. Bukan telan bulat-bulat lepastu lepas semua dekat kertas exam tapi tak amalkan pun. Boleh tanya. Bukan 'dah agama suruh buat je lah'.

8. Takperlu isi bangsa apa dalam borang sekolah. Bantuan dapat sama rata. Melayu takdapat lebih hanya sebab dia Melayu.

9. Cikgu dan kerani orang berbeza. Cikgu takperlu buat kerja kerani.

10. Cikgu kena sama rata jumlah melayu cina dan India. Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan etc tak semestinya Melayu siapa layak dia naik.

11. UiTM untuk semua.

Kenapa sex edu dari darjah satu? Bukan ajar budak-budak pasal sex, ajar private parts takboleh orang sentuh, kalau sentuh terus mengadu. Jangan bagi orang cakap lucah. Kalau ada orang dewasa bagi gula-gula untuk sentuh kena tolak. Kalau ada pedo ajak kahwin mengadu. Pasal our body. How to take care of it within and from outsiders. Tak ada sentuh pasal sex. Mungkin boleh tukar nama kepada Badan Saya. How to build self confidence, how to say no, how to respect both men and women equally, it is okay for men to cry and to be sad. Senang cerita belajar pasal badan dan diri. Kena start from early age sebab budak 7 tahun pun dah ada kes pelik2, 7 tahun pun orang ajak kahwin 😏😏😏

Kenapa PJK? Sebab sukan menyatupadukan. Kenapa Muzik? Sebab muzik menyatupadukan. Kenapa tak belajar race and religion dari kecik? Sebab time umur bawah, diorang still naive and pure. Takperlu cerita pasal perbezaan. Treat everyone the same. Cikgu mainkan peranan.

Kenapa kena belajar pula lepastu? Sebab once we grow older, kita akan lebih berfikir. Hence untuk memahami dan menghormati budaya dan fahaman orang lain, kita kena ada ilmu pasal tu.

Kenapa tak belajar Pendidikan Islam dekat sekolah kebangsaan. 1) of course sebab tak semua Islam dekat situ. 2) sebab silibus caca merba. Budak sekolah agama je tahu agama padahal sekolah biasa ada je subjek tu tapi macam tak ada. Lepastu dah besar semua main bedal je cakap ikut ceramah. Ustaz elok takpa kalau tahpape? So kita bye kan terus untuk letak dekat sekolah petang dengan silibus lebih tersusun. Semua wajib hantar. Kalau taknak hantar ikut suka lah anak kau, kau yang taknak anak kau beragama. Yuran ikut KAFA.

Visi: Melahirkan manusia, bukan robot untuk bekerja. Bukan kuli untuk company kedekut.

Misi: Makin ramai manusia ada common sense dan bersemangat patriotik sebagai Malaysian, bukan sebagai bangsa.


Sekian.
My law

Tiada ulasan: