Hah dah lama tak ada slot ni kan? Banyak je nak cerita sebab memalam memang selalu ada talk tapi entah kenapa tak rajin nak menulis. Asif 'ala kulli hal. (Huyoo cakap arab. Translate : Maaf atas semua.)
Orait Assalamualaikum. Gaza. Peduli kita tak bermusim kan? So takde istilah cerita ni dah lama ke dah basi ke and whatsoever. Tapi, memang talk ni dah lama pun. Baru ada time (poyo bajet busy) nak share dengan engkorang semua.
![]() |
| Qunut Nazilah jangan tinggal :) |
Dari Abi Hurairah ra. bahwa Nabi SAW bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi, "Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah!" (HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami' Ash-Shaghir no. 7414)
Tapi kita ni selalu lalai dan leka. 60 tahun dan kita tak buat apa. 60 tahun, kiamat nak dekat masih hidup berfoya-foya. 60 tahun, apa sumbangan kita dekat Islam, atau sekurang-kurangnya terhadap diri yang Muslim? Aku dah hidup 19 tahun tapi kalau ditanya apa je aku dah buat, pehh memang terdiam la. T_T
So what's the factors? SATU, dah memang kerja dia tindas orang. Dapat sokongan pulak tu kan. Umat Islam pula buat duno je, lagilah dia rancak. DUA, pada 14Nov 2012, Pemimpin al-Qasam, al-Jabbari diserang dan mati dalam kereta bersama anaknya. al-Qasam ni sayap kanan Hamas. So, Hamas pun serang balik. TIGA, Gaza dah macam penjara besar. Itu negara diorang tapi Israel dok sibuk kawal. Mereka nak bebas.
![]() |
| Credit to : Palestin.fb. |
EMPAT, Israel tak puas hati sebab rakyat sokong Hamas yang tak diiktiraf Zionis. Susahlah Zionis nak jajah dalaman. LIMA, Israel terkejut, dan tak sangka, roket Hamas boleh sampai ke Tel Aviv. Tel Aviv tu kan maju ada segala benda, so macam mustahil la roket Hamas mampu serang situ. ENAM, diorang bajet tu tanah diorang. Ye, memang dulu Allah bagi Palestin kepada Bani Israel, tapi mereka menolak. Ni tetibe nak minta balik apehal?
"And the Jews will not be pleased with you, nor the Christians until you follow their religion."
(2 : 120)
Sedikit biografi tentang Ahmad Al-jabbari, sebab macam aku, tak ramai yang tau siapa dia ni. *sobs* Dia yang ditembak tu merupakan pemimpin al-Qasam, iaitu sayap kanan Hamas. Menantu kepada pengasas al-Qasam - Izzudin al-Qasam. Beliau syahid sewaktu berumur 52 tahun. Mereka ni cita cita memburu syahid, jadi tak takut mati. Dan takkan mensia-siakan kematian tu sebab orang baru yang naik, akan lebih agresif. Bagi mereka, berbanding individu, matlamat perjuangan lebih penting. Padan muka Zionis Laknatullah !
Dan sedikit perbezaan antara Fatah dengan Hamas. Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Dan ada yang tak ambil tau jugak. Meh nak cerita sikit. Fatah diasaskan oleh Yaseer Arafat. Diorang ni matlamat nak keamanan dengan cara baik. Takde perang dan pemberontakan. Mereka menguasai West Bank. Hamas pula, matlamat mereka adalah untuk membebaskan Gaza, West Bank, Masjidil Aqsa dan Palestin keseluruhannya. Dan kita lihat, rakyat Palestin lebih memilih matlamat yang lebih jelas. :)
![]() |
| Macam ni lah peta palestin, West Bank dan Gaza pun terpisah. |
Pemuda mereka, bukan anak-anak kecil Palestin hebat-hebat. Kecik-kecik dah mampu quote ayat Quran dan al-Hadis. Kita? Aku yang 19 pun, ustaz tanya aku diam. Padahal rasanya ayat senang je. Tak kisahlah bebudak tu memang arab ke apa. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Peh sentap dekat diri sendiri.
Dan selepas 8 hari, genjatan senjatan dibuat. Kenapa 8 hari? Selama ni si zionis ni tak kisah pun nak serang berapa lama. Ni baru seminggu dah ada genjatan senjata. Hurmm kenapa? Akan bersambung di entry akan datang. Hiks sorry. Salam. :))



2 ulasan:
Cepat sambungggggg! hehe
sambung2. aku pun kurang ilmu jugak.
Catat Ulasan