After SPM (cerita lama), aku kerja jaga exam dekat UM. Jaga budak asasi. Kira jaga orang yang tua setahun la. Then ramailah orang tanya, 'Ni degree ke?' HAHA. Padahal baru dapat result time tu. Then cuti sem (UIA punya cuti sem 3 bulan woi!) aku sambung jaga exam jugak. Apesal? Saja cari duit. Kerja senang je :P
Sekarang jaga exam budak budak sebaya. Lagi best sambil jaga cuci mata. Mana tau ada yang berkenan ke(ok ignore yang ni). Macam mana boleh dapat kerja ni? Pehh yang tu rahsia. Aku ada kabel. Opssss. Bukan yang ni nak highlight pun. Nak cerita pasal sorang akak yang jaga exam ni. Umur dia baru 20. Then dia dah nak kahwin. WHAT?! Yeah serius. Awal kan?
Masa dia start cerita tu, memang aku judge dia. Sorry kak. I'm not perfect. Poyo je cakap dekat orang even a judge can't be judgemental la padahal diri sendiri pun sama. Puiihh. Kenapa judge? Sebab dia baru umur 20, then dah nak kahwin. The guy tu pulak duduk dekat Kedah. Dorang kenal melalui sms je. Kalau dengan kawan kawan ni dah lama aku brainwash suruh jangan percaya.
Lepastu dia bagitau laki tu pernah datang KL semata-mata nak pujuk dia merajuk. I like WHAT?!! Gila best macam tu. Tapi aku bukan reti nak merajuking pun. Manalah ada orang nak pujuk. Hoho. Korek punya korek rupa-rupanya dia nak kahwin sebab dah tak tahan duduk rumah. Dia anak kedua daripada tiga beradik. Mak dia pulak jenis yang lagi sayang dekat anak-anak lelaki. Dia lepas habis sijil tak sambung study. Terus kerja sebab dia bukan keluarga senang. Alhamdulillah, dia jenis yang senang dapat kerja. Tapi punyalah baik dia bayarkan bil-bil keluarga, bagi duit semua, mak dia tetap macam tu jugak.
gambar google. click.
Yang tak boleh bla mak dia siap cakap yang dia tak sumbang apa-apa dekat keluarga. Siapa tak berasap kan? Kalau aku pun aku tak tahan. So long and goodbye mama. Hoho.Lepastu baru tersedar. Aku tak tahu cerita sebenar, then terus nak judge orang-orang yang tak nak sambung belajar sebab nak kahwin ni tak bagus. Especially perempuan. Haiihh apalah nak jadi. Padahal dah belajar to achieve natural justice we must follow two rules(belajar kejap). Namo judex res sua dengan audi alteram partem. What the heck is that two? Latin bro.
Namo tu, no men cannot be judge if he has interest in the case. Contoh macam aku la. Aku jenis yang sambung belajar. Nak master kan. So perempuan yang hidup bergantung kat laki macam takguna. This is my point of view. Kalau taksuka boleh je nak disagree. Kalau ada kes macam kakak tu, i'm not the judge. Because I'll end up salahkan perempuan tu. Ryto?
Audi tu pulak kereta yang DIA suka. Eh bukan3. Not that. It means both side have right to be heard. So kalau dah dengar pendapat yang kata bagus sambung belajar, kita kena jugak tau why there's people who didn't want to. Why they said marriage is better. Ha macam tu lah. We are human actually. Only Allah can judge. Because we' know nothing. Our knowledge has it limit. Don't be so judgemental to say this or that person is wrong. Okay?
kalau justice mesti gambar timbang. layaaaaan.
Actually justice ni ada empat bahagian. Yang tadi tu natural justice je. So ada lagi tiga. Eleh macamlah korang nak tau pun. Hoho. Well like I said before, kadang-kadang orang suka nak judge orang lain. Tengok ada cerita hot sikit nak cakap macam-macam. Contoh macam PM pergi haji tu. Pehh tersebarlah gambar perbandingan dia dengan PM Iran tu. Wat lek suda. Tu kan urusan dia dengan Allah. Pehal kau sebok? Yang tu kawan aku @ulin najwa dah review.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah daripada buruk sangka kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaramu yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.[Surah Al-Hujurat:12]~“It's not given to people to judge what's right or wrong. People have eternally been mistaken and will be mistaken, and in nothing more than in what they consider right and wrong.”
― Leo Tolstoy, War and Peace~



Tiada ulasan:
Catat Ulasan