Khamis, 17 November 2011

A person is innocent until proven guilty ;)

Yeah;
Pernah dengar quote tu? Kalau pernah baguslah. Kalau takpernah bacalah. Kan dah tau. Haha. Kalau budak law maybe pernah dengar. Kalau budak law tak pernah dengar campak dia dalam longkang. Seriuosly. Sebab tu macam asas la untuk jadi seorang peguam (eventhough dak law tak semestinya jadi peguam). Yelah   takkan nak main judge je orang lain tanpa bukti? Tak siasat kebenaran. Dengar daripada sebelah pihak. Ish ish ish. Jahat tau kalau mcm tu. Selain daripada tu, orang yang nak jadi peguam kena ada ciri-ciri ni,

(i) Berminat dengan profession ini
(ii) Menguasai Bahasa Melayu dan Inggeris
(iii) Memiliki kemahiran berkomunikasi
(iv) Berkebolehan menilai, meneliti dan berpandangan jauh
(v)Suka memembaca
(vi) Tidak mengikut emosi
(vii) Rasional, berdisiplin dan berfikiran matang

Okay, tengok diri sendiri. Matang? Disiplin? Rasional? Errr belum lagi kot. Haha. Selain dari tu, korang kena rajin. Takkan tak ada keinginan nak tau banyak info kan? Lagi satu kena tahan. Sebab degree dia lama. Nak gaji banyak kan? Haha jk. Kalau ambil degree of law kat UIA boleh dapat double degree. Tapi lama macam nak jadi doktor. Lima tahun! L.L.B dan L.L.B(S). Yang ni syariah. Boleh jadi peguam shar'ie la instead of civil lawyer.

Tu belum campur chambering lagi. Tambah 9 bulan pulak. Lepastu orang kata bar exam tu susah. Kalau nak jadi lawyer kena pass exam ni. Tapi nak seribu daya kan? Chill la. :)

*Aku tak tau apa aku bebel*

Ni cita-cita aku. Nak jadi lawyer. Nak ada master dalam bidang ni. Nak ada firma sendiri satu hari nanti. Nak gubal undang-undang. Tinggi sangat? Apa salahnya. To the infinity and beyond! Rasulullah S.W.T pun menggalakkan umatnya bercita-cita tinggi. Kalau nak minta syurga, minta Jannatul Firdaus kan?

Kalau bukan kita yang nak martabatkan Islam, siapa lagi? Kita dengan cara masing masing. Tak perlu mengikut yang lain. Matlamat kita sama. Kalau niat kita betul, Insya-Allah dipermudahkan. :)

Tiada ulasan: