Sabtu, 19 November 2011

AUKU dan pendapatku~

Aku rasa memang patut pun benda ni dimansuhkan. Dah la bercanggah dengan article 10 Federal Constituition Freedom of speech. Bagi aku menghalang kebebasan bersuara samalah macam menutup pemikiran, menghalang otak daripada berkembang. Contoh kalau budak law, mestilah kena bercakap ye dak?



Lagi satu ala chill la. Nak takut apa? Keputusan merosot? C'monlah. Life kat Universiti bukan semata-mata mengharapkan dean's list. Kalau setakat macam tu memang takde la manusia kreatif kritis. Sebab tu takde Malaysia ni tak maju-maju (sorry to say). Sibuk nak ikut barat. Last last kes jenayah dan sosial pun setanding barat. Macam tu ke yang kita nak daripada mahasiswa?

Takut mahasiswa sokong pembangkang? Eleh habis tu kau buat BTN boleh pulak? Tu nak bagi pelajar ada semangat patriotik. Bla la. Tu promote kerajaan. We're not stupid and don't make us like that because it'll end up, we make fun of you guys. Jangan salahkan kitorang kalau rasa diperbodohkan. HAHA. Sorry again. I'm not pembangkang. Ada banyak benda jugak yang aku tak setuju dengan pembangkang. Sibuk cari isu. Lepak sudah.

Budak yang power power, bukan keputusan exam je, hebat komunikasi, hebat IT, macam macam lagi, kebanyakan ambil port dalam politik. Serius tak tipu. Kalau diorang bercakap, kagum je. Jangan pandang rendah kat kami. Jangan buat kami macam budak-budak. Kalau ada fakta kami yang salah,betulkanlah. Kami memang tengah belajar. Harap cara teguran pun betul dan maklumat daripada sumber yang benar.



Jangan rosakkan kami dengan undang-undang yang pelik. Biarkan kami lepaskan pendapat. Kata negara demokrasi, ye dak?

Stupid rules are meant to be broken~ :P
                                                                   

Tiada ulasan: